Thursday, 1 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Mama papa rindu anak syurga mama, Haura Alhuwainaa Bt. Muhammad Shafiq Albakri 😊.
SELASA - 22 Nov 2016, 30 weeks.
Kali terakhir mama terasa pergerakan terakhir kamu dalam kandungan ketika mama tidur (jam 3-4 pagi) pada Selasa malam Rabu lepas. Dan malam tu juga la mama mimpikan kamu. Mama mimpi dukung kamu. Kamu senyum saja dengan mata tertutup. Wajah kamu cantik bak bidadari dan kulit kamu cerah gebu. Bahagianya mama dalam mimpi tu. Dan mama dapat rasakan bahawa mimpi ni juga sebagai tanda sudah sampai masanya untuk kamu 'pergi'.

RABU - 23 Nov 2016, 30 weeks.
Esoknya, seperti biasa mama sepatutnya akan rasa pergerakan kamu bermula seawal jam 7.30 pagi, tapi pagi tu tiada tendangan "selamat pagi" dari kamu. Mama tunggu lagi jam seterusnya...8, 9, 10, 11 pagi...masih lagi tiada ucapan "selamat pagi" dari anak mama. Mama mula tak sedap hati.
Jam 12 tengahari, mama bagitau papa tentang kamu. Papa pun mula risau dan tak tenang. Mama dah cuba goyang2, usik2 kamu, tukar posisi duduk baring...semua tiada respon. Mama dapat rasa yang kamu dah tiada. Tapi mama cuba untuk positif dan sabar tunggu hingga papa balik kerja untuk ke hospital, untuk lihat keadaan kamu di dalam.
Jam 7.00 malam, mama and papa sampai di wad kecemasan HUKM. Kamu masih lagi tidak bergerak dari pagi. Doc cek bunyi denyutan jantung kamu, tapi tiada. Hanya kedengaran detak jantung mama sorang saja. Doc minta untuk ke bahagian scan pula, untuk kepastian terhadap keadaan kamu di dalam.


Bila doc letak saja alat scan di perut mama. Mama nampak kamu di skrin, tapi..mama tak nampak jantung kamu berdenyut seperti sebelum ni. Mama tahu kamu dah tiada, tapi mama cuba untuk sedapkan hati walaupun mama tahu mama bakal mendengar berita sedih. Keadaan sunyi seketika dan akhirnya terluah di bibir doc mengatakan kamu dah tiada.
Allahu..terus berkaca mata mama. Mama cuba untuk kuat dan tahan dari menangis. Tapi terus juga menitik air mata mama. Anak yang mama kandung dan anak yang mama papa perjuangkan selama 7 bulan setengah ini, dah pun dijemput kembali kepada penciptaNya...
Balik ke rumah, mama solat dan berdoa. Sekali lagi mama tak dapat menahan rasa..Mama menangis depan Allah sungguh2. Walaupun anak mama dah pergi, tapi mama tetap panjatkan syukur pada Allah kerana telah pinjamkan awak untuk mama papa selama 7 bulan setengah ni. Alhamdulillah..
Papa nampak mama menangis, terus papa peluk mama kuat2, pujuk mama untuk sabar dan kuat. Tapi akhirnya papa juga menangis sama. Menangis bukan kerana meratapi pemergian kamu, tetapi menangis kerana kami sama2 sayang kamu walaupun kita belum pernah bertentang mata. Tapi nikmat kasih sayang yang Allah tanamkan dalam hati mama papa sangat berharga terhadap kamu.
KHAMIS - 24 Nov 2016, 30 weeks.
Jam 7.30 pagi, mama masuk ke wad untuk proses melahirkan anak syurga mama papa. Sepanjang hari di katil wad, mama banyak berzikir, baca yaasin, mama solat hajat dan berdoa pada Allah supaya dipermudahkan urusan bersalin. Bibir mama x henti berzikir kadang2 sampai tertidur.
Mama diberi ubat induce yang pertama jam 3.30 petang. Sakit contraction semakin terasa selepas 3 jam ubat induce dimasukkan dan sakit makin kuat menjelang tengah malam. Mama tak boleh tidur. Disebabkan ubat induce pertama tadi masuk lambat, Doc sarankan untuk ambil pain killer supaya mama boleh tidur dan rehat. Sebab esok ubat induce kedua akan dimasukkan, supaya mama bertenaga untuk berjuang esok.
Mama mula2 mahu cuba juga untuk bertahan menahan sakit tanpa pain killer. Kemudian, Doc cek laluan, bukaan baru 1 cm. Allahu..akhirnya mama tewas juga. Jam 2 pagi nurse cucuk pain killer. Sebab mama dah tak tertahan sakit contraction. Akhirnya mama tertidur.
JUMAAT - 25 Nov 2016, 30 weeks.
Mama bangun jam 6.30 pagi untuk solat subuh dan solat hajat. Sakit contraction masih terasa tapi tidak sekuat semalam. Mama gagahkan juga untuk bangun solat dan mama doa banyak2 supaya mama boleh lahirkan anak mama hari ini, hari jumaat yang mulia. Selesai solat, ubat induce kedua dimasukkan lagi. Kemudian mama mandi, walaupun tengah menahan sakit. Demi kamu, mama kuatkan diri untuk bersihkan juga diri.
Sakit semakin kuat. Darah mula keluar sikit demi sikit. Masuk waktu zohor, mama dah tak dapat nak menunaikan solat. Mama hanya banyakkan berzikir dan berdoa di atas katil sambil menahan sakit.
Mama menahan sakit sehingga jam 3.30 ptg. Doc cek lagi sekali laluan. Alhamdulillah, bukaan dah 4 cm. Doc putuskan untuk mama masuk terus ke labour room untuk menunggu bukaan lebih besar.
Jam 4.30 petang, di labour room, doc sarankan mama untuk ambil epidural sebab induce ketiga yang bakal dimasukkan selepas ni lebih kuat (sebab baby dah tak bernyawa). Untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat, mama ambil juga epidural.
Mula dari 4.30 petang tu, lepas dimasukkan induce ketiga, mama sekejap tertidur, sekejap terbangun. Mungkin mengantuk dan letih menahan sakit. Sampai lah pukul 9 malam, sakit contraction mula terasa makin kuat semula. Mama mula menahan sakit lagi. Menahan sakit sehingga menggigil2. Allah sahaja yang tahu sakitnya.
Jam 12 malam, mama mula demam 38°C. Doc cek lagi laluan. X pasti berapa cm dah bukaan ketika tu. Tapi doc suruh cuba untuk teran. Mama cuba teran sekali, terus air ketuban pecah. Terkejut doc2 yang berada di depan 😅😅. Habis basah baju mereka..maaf ya. Hee.
Doc terus suruh mama untuk push. Beberapa kali push (agak susah juga mula2 sebab tiada pengalaman), makin lama makin faham bagaimana cara nak push..hehe..
Alhamdulillah..adanya papa yang sentiasa memberi kata semangat, nurse2 dan doc2 yang sangat baik, alhamdulillah..akhirnya, selamat juga mama lahirkan anak syurga mama papa ni jam 12.36 pagi dengan tenang. Berat Haura 1.9kg. Terus hilang sakit bila tengok Haura.😊.
Nurse letak Haura atas badan mama. Mama peluk cium anak mama. Papa pun sama. Comelnya Haura anak mama 😍. Mata kamu tertutup rapat, tenangnya mama tengok kamu. Lama juga kami pegang Haura, berbual dengan Haura, bergambar dengan Haura. Mama pegang jari jemari halus anak mama...comel sangat.
Kemudian papa azankan Haura. Biarpun Haura dah tak bernyawa, tapi mama papa yakin, Haura dengar alunan azan papa dari sana kan sayang 😊.
Selesai bersama Haura, papa bawa Haura ke bilik mayat sementara menunggu untuk proses pengebumian esok. Mama pula ditolak masuk ke wad semula. Dan mama tertidur.
SABTU - 26 Nov 2016.
Mama minta untuk discharge awal pagi, sebab mama nak tengok Haura untuk kali terakhir. Alhamdulillah, mama boleh balik sama2 dengan Haura. Papa ambil Haura kat bilik mayat. Dan bawa Haura pulang untuk urusan pengebumian.
Mama papa duduk seat belakang. Nenek atok di bahagian depan. Bawak Haura pulang. Sepanjang perjalanan dalam kereta, mama pegang Haura. Perasaan sedih mula muncul, sebab mama tahu masa untuk mama dengan Haura dah tak lama, mata dah mula berkaca tapi mama tahan..
Jam 11.30 pagi, sampai di surau, Haura dimandikan dan dikafankan. Tibanya saat untuk mama cium puteri syurga mama untuk kali terakhir. Allahu....air mata mama dah tak tertahan lagi. Mama tengok wajah anak mama. Sucinya wajah anak mama. Bidadari syurga Allah. Mama cium2 Haura...wanginyaaa ya Allah. Wangi sangat kamu sayang. Bau syurga..Wangian yang tak pernah mama bau. Terlalu wangi..😊.
Kemudian Haura disembahyangkan oleh jemaah surau dan seterusnya dikebumikan oleh papa Haura. Mama tak dapat ikut Haura ke tanah kubur. Papa, atok2, dan sedara2 yang lain temankan Haura ke kubur. Mama, nenek2 dan mak saudara yang lain hanya teman Haura dari jauh..
Jam 12.15 tengahari, selesai urusan pengebumian puteri sulung mama di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai 2, Ampang. Alhamdulillah..
Semoga anak mama tenang di sana bersama anak2 syurga yang lain. Mama tahu, Allah lebih sayangkan Haura. Dan mama tahu, Haura lebih tenang di bawah jagaan Allah di sana. 😊. Mama papa redha..
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Ramai yang bertanya apa yang berlaku pada baby kami sebenarnya? Di sini hami ceritakan serba sedikit ya.
Alhamdulillah, sepanjang kehamilan dari mula, baby kami sihat, dan tiada masalah.
Di usia kandungan 26 weeks (6 bulan lebih), kami buat detail scan di klinik untuk tengok keadaan baby, dan sekaligus untuk tahu jantina baby. Waktu ni lah sonographer dapat detect perut baby besar, banyak air dalam perut. Dan kami perlu refer pada doc pakar HUKM. Allahu...speechless, terkejut dengan berita ni. Datang dengan penuh rasa teruja untuk lihat baby, tapi sebaliknya yang kami terima. Hami dah menangis, suami masih kuat, cuba untuk memujuk walaupun dia juga sebenarnya sedih.
Bermula dari 26 weeks, kami follow up dengan doc pakar setiap minggu di HUKM. Dan doc pakar bagitau penyakit ni namanya "fetal ascites". Doc kata, berkemungkinan baby tak cukup darah atau terkena jangkitan virus (tapi masih belum pasti penyebab utama). Dan doc juga ada inform kami risiko awal2 untuk keadaan ni:
✔ Baby boleh meninggal dalam kandungan
✔ Baby lahir cukup bulan tapi tak dapat survive lama
✔ Baby lahir tapi dia membesar tak sihat.

Setakat 3 minggu follow up, keadaan baby masih ok. Denyutan jantung ok..Tapi minggu yang terakhir, paras air ketuban baby menunjukkan semakin berkurang. Kami semakin risau.
Last rawatan yang kami ambil ialah pada Selesa 22 Nov 2016. Rawatan ambil sedikit air ketuban (5ml) untuk dihantar ke makmal, supaya doc dapat cari lagi punca kenapa jadi begini pada baby. Sebab ikutkan pemeriksaan doc, kami sihat dan tak ada apa2 masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi baby.
Result air ketuban dijangka keluar hari Jumaat (25 Nov 2016). Tapi, tak sempat tunggu result keluar, baby dah semakin lemah selepas rawatan tu, dan disebabkan juga kegagalan jantungnya untuk berfungsi dengan baik. Esoknya baby meninggal dunia (23 Nov 2016). Innalillahiwainnailaihiraajiun..
Kami dah pun cuba ikhtiar yang terbaik untuk baby Haura sihat semula. Tapi ternyata perancangan Allah lebih baik dan ada hikmahnya. Kami redha..
Allah Maha Mengetahui segalanya. Mungkin kalau Allah izinkan baby Haura hidup, tapi dia hidup terseksa menahan sakit, kasihan juga..kami juga tak sanggup tengok anak sakit. Jadi, kami relakan anak syurga kami berada di sisi Allah SWT. Kami akur dengan ketentuan Ilahi. 😊.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Terima kasih pada semua yang sentiasa memberi kata-kata semangat, yang mendoakan, yang datang menziarahi, yang terlibat membantu dalam urusan pengebumian dan yang telah memberi sumbangan. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati anda semua. Aamiin..
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Wahai bidadari kecil ku, kedatanganmu yang sekejap merupakan sebuah anugerah yang terindah buat kami. Walaupun sementara, tapi kamu tetap wujud dalam hati kami sampai bila-bila.
Kami yakin dengan kurniaanmu ini, akan menjadi saham akhirat yang bakal memimpin tangan kami di Jannah bila tiba masanya nanti.
Dan kami bersyukur, kerana kami adalah hambaNya yang terpilih untuk memiliki mu, wahai bidadari syurga.😊.
Tenang la wahai anak syurgaku. Tenang la kau didalam syurga Allah yang abadi. Semoga kita bertemu lagi di alam sana sayang, "Haura Alhuwainaa".
Haura - Wanita berkulit putih
Huwainaa - Yang tenang

Al-fatihah.
#anaksyurga #babyHA #HauraAlhuwainaa Credit : Muhammad Shafiq Albakri

Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...