Kata orang, cinta itu buta. Mana taknya, masa bercinta, anda selalunya terpengaruh dengan perasaan sendiri. Anda hanya nampak yang indah-indah saja, walaupun sebenarnya dia banyak menyakitkan hati!
Bila dia buat sesuatu yang tak sepatutnya, anda anggap dia buat silap, dan terus lupakan. Anda teruskan bercinta dan berharap sampai ke jinjang pelamin.
Tak apa kalau silapnya sikit saja. Maklumlah, tak ada manusia yang sempurna. Tapi kadang-kadang silapnya yang berulang kali itu patut dijadikan tanda bahawa dia bukan calon suami yang baik, tapi anda pilih untuk tepikan saja.
Ada sesetengah orang yang tak patut diberi peluang kedua – orang yang tak reti nak hargai anda dan takkan tahu nilai hati anda.
Nah, kami senaraikan 10 jenis laki yang bila jumpa, anda patut larikan diri!
1. Pemarah
Lelaki sejenis ini akan pusingkan semua perbincangan jadi bergaduhan. Semua benda kecil pun boleh buatkan dia marah, dan dia boleh bertukar mood dalam sekelip mata saja.
Mungkin dia ada isu dalaman yang buatkan dia jadi seorang yang pemarah? Siapa tahu kan? Tapi kalau anda terus berada di sisi dia, entah apa-apa yang boleh jadi pada nanti. Lama-lama, lelaki pemarah akan sakiti pasangannya secara emosional atau fizikal. Menakutkan!
2. Tak bertanggungjawab
Ini kualiti yang paling penting perlu ada pada seorang lelaki. Kalau dia tak ambil berat tentang tanggungjawabnya dan dia tak pernah bantu ibu ayah atau adik beradiknya, macam mana anda nak harap dia akan jaga anda dan anak-anak anda nanti?
Sabda Rasulullah SAW, “Lelaki adalah penjaga bagi keluarganya dan setiap penjaga ada tanggungjawab terhadap orang-orang di bawah jagaannya”.
3. Pengotor
Sebelum kahwin, mungkin tak berapa nampak tapi kalau anda sudah jadi teman serumahnya nanti, pasti akan rasa geli! Sebaiknya perhatikan tabiat pasangan anda seperti cara dia berpakaian, fizikalnya (kuku, rambut, gigi dan sebagainya), keadaan keretanya dan lain-lain.
4. Kurang adab
Sentiasa jaga adab bila bercakap dengan orang lain. Bila mahu minta sesuatu dari orang lain, mintak tolong secara baik. Selepas itu, ucapkan terima kasih. Kalau pertolongan itu sesuatu yang besar, lebih elok kalau si dia tahu cara balas budi.
Kalau anda jumpa lelaki yang tak tahu beradab, bukan kerja anda untuk ajarnya padanya!
5. Tak sefahaman
Dia ada ideologinya sendiri, dan ianya tak sama dengan fahaman anda. Dia mahu isteri yang akan sentiasa di rumah untuk melayan suami tapi anda pula mahu kejar cita-cita anda.
Memang tak mungkin semua orang ada pendapat yang sama tapi macam mana anda nak hidup sepanjang hayat dengan orang yang tak mahukan masa depan yang sama?
6. Tak tahu erti hormat
Saling hormat-menghormati itu sangat penting dalam sebuah hubungan. Kalau si dia suka merendah-rendahkan anda, dia tak tahu hormati anda. Kalau dia berani sentuh anda, dia tak tahu hormat anda. Kalau dia suka bercakap buruk tentang keluarga anda, dia tak hormati anda.
Jadi kalau dia tak hormati anda atau keluarga anda, jangan bagi dia peluang lagi.
7. Pemalas
Sepandai mana seseorang perempuan itu berdikari, dia tetap mahukan lelaki yang boleh menjaganya. Dia suka lelaki yang rajin berusaha untuk jamin masa depan mereka sekeluarga.
Dia tak suka lelaki yang suka bangun lewat dan cuma rajin harapkan duit dari ibu bapa.
8. King control
Ya, dia memang cintakan anda. Dia sentiasa ambil berat tentang anda. Dia anda nak makan sesuatu, dia akan dapatkan. Kalau anda sama-sama naik pengangkutan awam, dia akan pastikan anda ada tempat duduk. Tapi kalau dia suka buat keputusan sendiri tanpa tanya pendapat anda, ini juga tak sihat untuk jangka masa panjang hubungan anda.
Kalau dia suka telefon anda setiap masa untuk tahu anda di mana dan dengan siapa dan anda perlu dapatkan izinnya untuk segala benda kecil, maksudnya dia terlalu mengawal. Larikan diri sebelum terlambat!
9. Pisau cukur
Ada juga lelaki yang tak bekerja, atau bekerja ala kadar saja tapi selebihnya hanya harapkan duit dari anda saja. Kalau anda jumpa lelaki jenis sebegini, cepat-cepat cabut!
10. Terlalu manja
Ramai lelaki yang nampak “kuat” di luaran tapi sebenarnya manja bila bersama anda. Tapi kalau dia terlalu manja, anda pun akan rasa rimas nanti. Lelaki yang terlampu manja ini juga sebenarnya kurang keyakinan diri dan perlu sentiasa diberi jaminan tentang hubungan dan kerjayanya.
Perkahwinan adalah komitmen sepajang hayat jadi pastikan anda buat pilihan yang betul. Celikkan mata dan kalau anda nampak tanda-tanda yang kurang menyenangkan, ingat yang anda ada kuasa untuk menolak.
Sumber: Bercinta Selepas Nikah
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...