Monday, 31 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...




1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak.

Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini.

Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.



2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.

Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.




3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”.

Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh.

Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.

Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.




4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.

Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan.

Jika restoran Mamak palsu tidak ada.




5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.

Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

kredit : Afyan Mat Rawi

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...