Seluruh negara masih lagi bersedih dengan insiden kebakaran wad kecemasan yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Apatah lagi apabila ada nyawa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
Golongan diraja negeri Johor turut terkesan dengan tragedi yang menimpa rakyat negeri itu. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris melahirkan takziah kepada keluarga mangsa disamping mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital, pihak bomba dan mereka yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa dan memindahkan pesakit. Ucapan tersebut disampaikan melalui satu post yang dimuatnaik ke laman Instagram baginda.
Bandingkan Peruntukan JDT Dengan Hospital…
Dalam banyak-banyak komen sokongan yang ditinggalkan di post Tunku Idris tersebut, terdapat individu yang membandingkan HSA dengan hospital kerajaan di negara jiran serta mengaitkan dengan persoalan membina padang JDT yang menelan kos berjuta ribu ringgit. Komen tersebut telah mendapat perhatian Tunku Idris dan dibalas oleh baginda sendiri.
Tunku Idris menggesa individu tersebut supaya membuat research sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Baginda menjelaskan bahawa hospital terletak dibawah tanggunhg jawab kerajaan Malaysia. Menurut baginda lagi, dana untuk JDT dan hospital adalah dua perkara yang betul-betul berbeza. Boom! Free-free kena ‘sekolahkan’ dengan Tunku Idris.
Rakyat Jelata Sokong Tunku Idris !
Tunku Idris menggesa individu tersebut supaya membuat research sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Baginda menjelaskan bahawa hospital terletak dibawah tanggunhg jawab kerajaan Malaysia. Menurut baginda lagi, dana untuk JDT dan hospital adalah dua perkara yang betul-betul berbeza. Boom! Free-free kena ‘sekolahkan’ dengan Tunku Idris.
Rakyat Jelata Sokong Tunku Idris !
Wad Diraja Untuk Pesakit Yang Terpaksa Dialihkan…
DYAM Sultan Johor bertitah agar Wad DiRaja digunakan untuk para pesakit yang terpaksa dialihkan. Allah Peliharakan Sultan.#prayforhsa pic.twitter.com/54XRoXuQHE— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 25, 2016
Selain itu, rakyat turut berterima kasih dengan titah Sultan Johor yang memberi kebenaran untuk menggunakan wad Diraja bagi para pesakit yang terpaksa dialihkan. Alhamdulillah!
Baca juga:
Sumber: Instagram Tunku Idris, Twitter Johor Southern Tigers & Ohbulan.com
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...