Saturday, 22 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Ada banyak petua lama yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lama bagi mengelakkan makanan atau sayuran itu cepat busuk. Cara atau petua lama yang diamalkan juga mudah dan boleh dilakukan oleh generasi muda.

Cara Simpan Stok Makanan Agar Tahan Lebih Lama Ramai Terlepas Pandang Cara Ni!

Makanan kalau disimpan dengan cara yang betul, ia dapat tahan lebih lama dan tidak mudah rosak. Cara ini dapat mengelak dari berlakunya pembaziran makanan.

Bahan-bahan seperti bawang, kentang dan sayur-sayuran akan cepat busuk dan rosak kalau disimpan dengan cara yang salah. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang mudah untuk anda cuba.


2) Kentang – Seperti juga bawang, kentang mudah berkulat dan busuk jika disimpan di tempat yang lembab dan basah. Satu petua yang boleh anda cuba adalah menyimpan kentang dengan buah epal untuk mengelak tumbuhnya tunas pada kentang. Pastikan kentang juga disimpan atas rak yang mendapat pengudaraan yang baik.

3) Sayur-sayuran – Seeloknya sayur-sayuran yang mudah rosak seperti brokoli, bayam dan sebagainya disimpan terlebih dahulu dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sayur-sayuran yang telah dicuci bersih pula, perlulah disimpan dalam bekas kedap udara agar ia tahan lebih lama. Bungkus sayuran dengan paper towel. Setelah dicuci bersih, membungkus sayuran dengan paper towel akan mengurangi kelembapan sayur sehingga lebih tahan lama.

4) Cendawan – Cara paling sesuai untuk menyimpan cendawan segar adalah dengan memasukkannya ke dalam plastik yang ditebuk dengan lubang-lubang kecil untuk pengudaraan. Kemudian disimpan dalam peti sejuk agar ia segar bila hendak dimasak. Manakala cendawan yang kering pula, perlulah di simpan di tempat yang kering atau dalam bekas kedap udara dan elakkan dari terkena air.

5) Keju – Menyimpan keju juga perlu diberi perhatian. Keju jika disimpan pada suhu yang panas akan mempercepatkan tumbuhnya kulat pada permukaan keju. Keju harus disimpan di tempat yang sejuk dan dalam bekas yang tertutup.

6) Kelapa Parut - Untuk membuatkan ia tahan lama sehingga dua hari, kukus kelapa parut selama 10 minit. Kemudian simpanlah dalam peti sejuk.

7) Buah-Buahan - Rendam buah dalam cuka. Setelah itu bilas dengan air bersih lalu keringkan. Simpan di dalam kotak yang telah dilubangkan.

8) Untuk mengelakkan makanan anda cepat basi, cuba masukkan dua atau tiga keping asam gelugor dalam apa jua masakan anda selepas dimasak.

Kredit: http://kebodmedia.blogspot.my/

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...