KEADAAN anggota peronda yang cedera terlanggar dawai di dalam terowong. Gambar kanan, dawai yang dipasang di terowong motosikal.
Petaling Jaya : Kumpulan penjenayah dikesan sengaja memasang ‘jerat’ dawai merentangi laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak.
Bagaimanapun, taktik itu tidak menjadi apabila seorang anggota peronda Lebuhraya KESAS menjadi mangsa selepas lehernya tersangkut pada dawai berkenaan.
Dalam kejadian jam 5.35 pagi semalam, mangsa cedera ringan ketika melalui lorong motosikal di Kilometer 49.7, lebuh raya berkenaan dari arah Kuala Lumpur.
Mangsa dikatakan melakukan rondaan bersendirian bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin disamping menjaga aset syarikat.
Jurucakap Kesas Sdn Bhd (Kesas) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kejadian cubaan sabotaj kepada pengguna lorong motosikal lebuhraya Kesas dapat digagalkan walaupun mengakibatkan kecederaan kepada anggota Ronda Kesas.
“Difahamkan, anggota terbabit sudah membuat laporan polis di balai berdekatan dan sudah mendapat rawatan,” katanya.
Dia berkata, penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama dari jam 11 malam hingga jam 6 pagi atas tujuan keselamatan.
“Kami akan sentiasa memantau kegiatan ini dan laporan polis sudahpun dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya. – Metro
Kejadian berlaku kpd kesas Ronda bertugas yg membuat Rondaan di lorong motosikal pada jam lebihkurang 5.35 pagi pada 21.10.2016. Ringkasan kejadian adalah seperti berikut :
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Lapuran : Anggota Kesas Ronda cedera ringan dileher akibat terkena dawai direntang semasa rondaan, dipercayai perbuatan atau cubaan samun
Tarikh : 21/10/2016
Masa : lebih kurang 0535
Lokasi : km49.7 terowong motorsikal awan kecil arah timur
(Arah KL)
Rondaan yg dilakukan adalah Rondaan rutin yg dijalankan bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin disamping menjaga aset syarikat.
Penunggang motosikal juga adalah dibenarkan menggunakan laluan utama Dari jam 1100 mlm hingga 0600 pagi atas tujuan keselamatan.
Syukur kejadian cubaan sabotaj kpd pengguna lorong motosikal kesas dapat digagalkan walaupun mengakibatkan kecederaan kpd anggota kesas Ronda.
Kredit: Sehinggit.blogspot.com
Kredit: Sehinggit.blogspot.com
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...