PUTRAJAYA - Bagi yang pernah membeli, pastinya anda setuju bahawa menu-menu Auntie Anne's ini sedap tak terkata. Namun, adakah mereka memiliki Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?
Azizah Mohamed semalam memuat naik beberapa screenshot yang menunjukkan bahawa Bahagian Hab Halal JAKIM telah memberikan respon terhadap persoalannya pada 30 Ogos lalu bahawa Auntie Anne's tidak memegang sebarang sijil halal dari JAKIM.
Dalam maklumbalas JAKIM pada 4 September lalu menyatakan bahawa premis Auntie Anne's bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
"Permohonan Halal dari mereka telah ditolak buat masa ini atas beberapa isu. Sama ada isu teknikal atau bahan mentah, kedua-dua isu ini tetap akan memberi kesan dan saling berkait rapat pada tahap kehalalan (halalan toyyiban) sesuatu produk.
"Sesuatu premis makanan tidak boleh mendakwa premis mereka halal sama ada melalui penggunaan logo atau ungkapan yang boleh mengelirukan pengguna Islam melainkan selepas mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia," kata kenyataan itu.
Menurut Azizah, beberapa tahun yang lalu dia pernah bertanya pada seorang pekerja premis berkenaan mengenai status halal mereka.
"Katanya masih dalam permohonan dan tahun ini saya singgah lagi mencari sijil halal yang ditunggu sekian lama. Nampaknya masih belum ada," katanya sebelum mengambil inisiatif sendiri untuk bertanya pada Bahagian Hab Halal JAKIM.
Azizah pada awalnya enggan mendedahkan maklumbalas yang diperolehnya dari pihak JAKIM itu. Cukuplah sekadar dia dan keluarganya saja yang tahu mengenainya.
"Apabila melihat saudara seagama saya beratur panjang di hadapan premis ini, rasa bertanggungjawab pula untuk berkongsi. Moga apabila disoal di akhirat kelak, saya boleh menjawab, 'ini usaha setakat kemampuan saya'," katanya. -
Setiap kali lalu di depan premis Auntie Anne's saya akan tarik nafas panjang sikit. Aroma pretzel tu... Boleh terganggu emosi dibuatnya.
Beberapa tahun lepas apabila saya tanya seorang pekerja premis Auntie Anne's mengenai status halal mereka, katanya masih dalam permohonan.
Dan tahun ini saya singgah lagi mencari sijil halal yang ditunggu sekian lama nampaknya masih belum ada.
Untuk mendapatkan kepastian, pihak Auntie Anne's dan JAKIM dicari. Maka inilah pengesahan dari pihak JAKIM sendiri.
'Permohonan sijil halal Auntie Anne's telah ditolak buat masa ini atas beberapa isu.'
Lama dah perbualan ini tersimpan dalam inbox. Awalnya saya fikir cukuplah saya dan keluarga dah tahu dan kami tidak membeli. Tapi apabila melihat saudara seagama saya beratur panjang di hadapan premis ni, rasa bertanggungjawab pula untuk berkongsi. Tak dapat tolong semua jangan sampai tak tolong sesiapa kan.
Moga apabila disoal di akhirat kelak, saya boleh menjawab 'ini usaha setakat kemampuan saya'.
Kerana mencari yang halal itu fardu dan meninggalkan yang syubhah itu lebih baik.
Wallahua'lam.
Ummi Peduli.
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...