Wednesday 19 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...




PUTRAJAYA - Kerajaan dengan mudah boleh menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan merobohkan Menara Kembar Petronas (KLCC) jika mahu, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, lapor mStar Online. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir itu bahawa kerajaan mahu memadamkan legasi beliau dengan membunuh idea pengeluaran kereta nasional, Proton. 

"Jika kerajaan mahu menghapuskan legasi beliau, sudah tentu KLCC turut dirobohkan. Namun kerajaan hari ini berpaksikan kepada rakyat didahulukan, iaitu membangunkan kemudahan yang dapat memanfaatkan rakyat secara keseluruhan dan bukan segelintir golongan sebagaimana berlaku di era pentadbiran beliau," katanya. 

Terdahulu, Tun Dr Mahathir melalui blognya mendakwa kerajaan cuba memadamkan namanya dairpada Proton dengan menghalang kakitangannya daripada menjalinkan sebarang kerjasama dengan penyokongnya. 

"Mereka tidak boleh mengaitkan nama saya dengan Proton. Ia perlu dijual 100% kepada warga asing agar industri automotif tempatan boleh dihapuskan.

"Hanya kereta yang diimport akan dibenarkan dijual di Malaysia. Mereka tidak mahu apa-apa dikaitkan dengan saya. Mereka lebih suka melihat industri ini musnah, asalkan Najib gembira," kata Mahathir.

Walau bagaimanapun, Salleh mengakui bahawa Tun Dr Mahathir telah memainkan peranan yang penting dalam Proton. Tetapi beliau menafikan bahawa kerajaan mempunyai niat untuk menamatkan industri kereta tempatan. Malah, kerajaan telah memberikan suntikan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion kepada Proton pada April lalu. 

Kredit: beritapremium.com

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...