Peristiwa ini berlaku semasa saya bertugas di Wad Nefrologi di Alor Setar, Kedah. Sewaktu itu, saya bertugas shif malam, iaitu dari 6 pagi hingga ke 11 malam, dan keesokannya masuk semula jam 6 pagi.
Keadaan wad agak serabut petang itu, di kala rakan-rakan sudah pulang pada jam 7 malam, saya berseorangan menjaga wad.
Di kubikel akut (kritikal) ada 2 pesakit on ventilator, iaitu alat resuscitation(mesin menghembus udara ke dalam dan keluar paru-paru), tanpanya, pesakit tidak mampu untuk bernafas sendiri.
Ada satu pesakit masuk jam 8.00 malam. Muda, awal 40-an, Pak Mail namanya. Pak Mail diletakkan di katil 15. Pak Mail ditemani isterinya, juga berumur lingkungan 40-an, bekerja di gerai makanan sebagai pelayan. Sejak dia masuk, keadaanya tenat.
On portable ventilator daripada wad kecemasan. Raut wajah isterinya sugul, penuh kesedihan. Manakan tidak, takut suaminya menemui ajal dalam keadaan kewanganya, dan tanggungan 5 orang anak kecil.
Katil 13 collapse
8.30 malam, satu pesakit di katil lain, katil 13 collapse, terus saya jerit kepada staff nurse untuk membawa troli kecemasan.
“Commencing CPR, Kak Zue, please secure IV line, prepare IV adrenaline 1 ampule, once IV line secured, run normal saline fast. Attached cardiac monitor, I want to see the rhythm,” itulah tindakan refleks (yang sepatutnya – bukan Kak Zue buat CPR, saya nak call MO atau pegawai perubatan).
Memang flatline, defibrillator tiada guna di situ. Defibrillator hanyalah digunakan untuk cardiac rhythm tertentu sahaja. Kalau flatline, tak boleh. Ini bukan drama swasta jam 7.00 di TV3, yang mana semua pesakit collapse di “Karen”nya.
CPR saya teruskan, 5, 6 minit, 7 minit saya penat, pancit. Prepare to change, change!
Seorang staff nurse lain terus menyambung CPR, saya mengesat peluh di dahi menggunakan lengan baju.
5 minit kemudian, Dr Akash tiba. Melihat keadaan pesakit, dia mengarahkan kami untuk meneruskan bantuan pernafasan. Tapi tidak berjaya.
Keadaan wad jadi hiruk piruk, tangisan saudara mara pesakit memecah kesunyian malam taktala pesakit disahkan masa kematian. Saya terduduk di kaunter, keletihan.
Dr Akash segera menandatangani sijil kematian dan lain-lain dokumen dan beliau segera bergegas ke wad bawah, ada kecemasan katanya.
Sedang saya mengisi borang kematian, terdengar teriakan staff nurse daripada katil 14 pula, “Doktor, patient collapse!!”
Katil 14 collapse juga
Pesakit itu pengsan sewaktu staff nurse tersebut sedang mengambil bacaan tekanan darahnya. Terus saya tolak troli kecemasan dari katil 13, ke katil 14, di sebelahnya sahaja.
CPR dimulakan. Cardiac monitor (monitor jantung) dipasang. Midazolam diberikan. Midazolam adalah salah satu jenis sedatif, untuk tujuan mengurangkan ketidakselesaan pesakit semasa intubasi.
“VF!! Give me the defibrillator, set it to 200 Joules!! You, give the patient midazolam.”
“One clear, two clear, everybody cleaaar!!”
Shock demi shock saya berikan. Sehinggakan boleh terhidu bau kulit pesakit yang hangus dek kena kejutan elektrik daripada defibrillator. Sehinggalah rhythm nya flatline pula, CPR dimulakan semula.
Dr Akash tiba semula, tercungap-cungap dia bergegas ke sana ke mari untuk menangani kes kecemasan. 50 minit, daripada patient collapse, sehinggalah bantuan pernafasan diberhentikan dan waktu kematian diumumkan kepada keluarga.
Suami saya orang ketiga?
Sedang saya jalan ke kaunter, isteri Pak Mail menegur saya, “Doktor, suami saya mesti jadi orang ketiga, kan malam ini.”
Saya tidak tahu nak respon bagaimana, hanyalah memberitahu dia untuk berdoa banyak-banyak. Selesai pesakit kedua, sedang saya ke pantri untuk meneguk air kerana kehausan akibat CPR yang lama, pesakit ketiga pula.
Katil 16, sebelah katil Pak Mail. Sekali lagi, CPR dimulakan, dan semua prosedur dilaksanakan. Tiada respon, kepenatan dan pesakit meninggal dunia. Yang sedihnya, langsung tiada saudara-mara pesakit datang melihat pesakit untuk kali terakhir.
Walaupun sudah dihubungi juga, tak datang-datang juga. Selesai pesakit ketiga, saya keletihan.
Peluh mencurah-curah membasahi kemeja saya. Saya masih tak sempat mandi dan menukar pakaian kerana hari tersebut memang sibuk. Penat gara-gara lama tak bersenam, dan dek hari-hari pekena roti telur dan nasi lemak di kafe.
Staff nurse lain juga kepenatan. Mereka harus menyelesaikan pesakit setelah mereka meninggal dunia.
Pak Mail
Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. 10 minit lagi saya boleh kembali ke pangkuan katil saya di rumah.
Isteri Pak Mail tidur memegang erat tangan Pak Mail. Semuanya normal sehinggalah sedang saya berjalan di kubikel akut, ternampak
monitor jantung Pak Mail mendatar.
“Kak! Tolong, patient collapse!! Tolong ambilkan troli kecemasan cepat!!”
Kelam kabut staff nurse. Ada yang baru nak makan nasi, hanya sempat suap di mulut, dan kemudian basuh tangan dan segera melihat pesakit sambil mulut tak habis mengunyah makanan lagi. Isteri Pak Mail terus keluar, dan menghubungi anaknya.
Dr Akash juga tiba, berpakaian baru, mungkin dia sempat mandi gamaknya. CPR demi CPR, orang ditukar, ubat diberikan, masih langsung tiada perubahan terhadap Pak Mail.
Jam 1145, Pak Mail diisytiharkan meninggal dunia. Kelima-lima anaknya tiba awal lagi semasa resuscitation dilakukan.
Saya speechless, thought block. Tak tahu nak cakap apa kepada isterinya, mujur ada Dr Akash di situ.
Setelah menerangkan kepada pesakit tentang apa yang berlaku, isterinya akur. Dan tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa mengharapkan Pak Mail tergolong dalam golongan beriman.
Rakan saya, Dr Arifa tiba jam 11 lagi. Mukanya pucat, bukan sebab apa, sebab mendengar 4 pesakit meninggal dunia malam itu, dan beliau baru nak memulakan shif kerjanya sehingga jam 6.00 pagi esok berseorangan.
Malam itu memberi pengajaran kepada saya.
Ada juga yang berkata malaikat maut buat ‘night round’ di wad berkenaan.
Namun, ajal maut di tangan Tuhan, kita tidak mampu mengubahnya. Malahan, tarikh kematian kita dah pun ditulis sejak kita lahir lagi.
Kredit: http://www.thevocket.com/
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...