MAKLUMAN KEPADA BAKAL PESARA KAKITANGAN AWAM
Kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 19 Akta Pencen 1980, di mana, mana-mana kakitangan awam yang akan bersara tetapi masih mempunyai hutang dengan kerajaan termasuklah hutang pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia atau LPPSA, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA GANJARAN PERSARAAN YANG BAKAL DITERIMA.
Jika masih tidak mencukupi untuk menampung hutang, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA BAYARAN PENCEN BULANAN SEHINGGA SELESAI.
Nampaknya selepas ini pesara kerajaan kena bersedia untuk cari pekerjaan lain selepas bersara bagi menampung kehidupan, selepas semua wang ganjaran pencen dan pencen bulanan menjadi "sifar".
Penjawat awam perlu menyelesaikan segala hutang dengan kerajaan sebelum pencen termasuk hutang pinjaman perumahan.
Kalau dulu penjawat awam boleh pencen dengan ganjaran pencen, gratuiti dan cuti ganti. Sekarang penjawat awam perlu melunaskan dengan bonus tersebut jika tidak dapat melunaskan sebelum pencen.
Lebih malang jika masih terdapat baki hutang, duit tersebut ditolak dari pencen bulanan penuh.
Tidak terlepas juga pesara sedia ada.
Sekarang, penjawat awam perlu merancang dana persaraan bermula sekarang untuk mengelakkan supaya bonus pencen dan pencen bulanan yang diidamkan tidak dipotong 100%.
Penjawat awam sekarang lebih kurang sama seperti pekerja swasta kerana masih perlu memikirkan hari pencen mereka dari sekarang.
Jaminan pencen ada tapi dapat merasa duit pencen masih 50-50 jika anda tidak merancang kewangan anda.
Mulakan merancang masa depan anda dari sekarang
Kredit: http://bicaranetworks.blogspot.com
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...