Monday 24 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa pencemaran Sungai Semenyih sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih ditutup kerana disabotaj BN.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya benar dakwaan itu, Azmin diminta menyerahkan bukti kepada polis dan pihak berkuasa untuk disiasat.

"Sekiranya beliau mempunyai bukti, apa lagi tunggu. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Kita (BN) mahu menang bukan dengan cara kotor dan menyusahkan rakyat. Kalau benar ada bukti yang kukuh berlaku sabotaj, saya cabar beliau buat laporan polis," katanya pada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga menyamakan pemerintahan kerajaan negeri di bawah Azmin seperti lagu "Bangau Oh Bangau" kerana sikap menuding jari terhadap permasalahan yang berlaku.

"Saya ketawa mendengar dakwaan tidak berasas ini. Ini sememangnya budaya pihak pembangkang yang meletakkan kesalahan dan menuding jari kepada orang lain," katanya.

Menurut Noh lagi, beliau tidak menolak kemungkinan masalah yang berlaku itu kerana permainan politik kerajaan negeri tetapi menyalahkan pihak lain.

Namun beliau menegaskan, BN tidak akan mengambil tindakan undang- undang kerana tidak mahu terikut- ikut dengan sikap kebudak-budakan pembangkang.

Semalam, Azmin dilaporkan menyalahkan BN dengan mendakwa pencemaran di Sungai Semenyih disebabkan sabotaj BN dan Umno.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendakwa mempunyai "bukti kukuh" berhubung dakwaannya itu.

Pada Ahad,Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara susulan penutupan LRA Sungai Semenyih.

Syabas dalam kenyataannya berkata LRA itu ditutup pada 7.30 pagi kelmarin akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Kredit: SinarHarian

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...