Thursday 27 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Kerajaan perlahan-lahan mengurangkan subsidi minyak masak, mulai 1 November. — Foto Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Subsidi minyak masak akan dihapuskan berperingkat-peringkat bermula bulan depan, menjadikan kenaikan sebanyak 40 sen kepada RM2.90 bagi paket satu kilogram.

Harga bagi botol 5kg pula meningkat RM1.90 kepada RM15.25, lapor portal Star Online hari ini.

Bagaimanapun minyak masak paket 1kg akan terus dikawal kerajaan apabila subsidi dikurangkan mulai 1 November ini. Subsidi minyak masak 5kg akan dimansuhkan pada 1 Januari.

Kesemua saiz lain seperti dalam botol 500gram, 1kg, 2kg dan 3kg tidak lagi disubsidikan oleh kerajaan.
 
“Semua harga runcit bagi minyak masak campuran dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi,” kata Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (Meoma) dalam kenyataan.

Kali terakhir harga minyak masak dinaikkan kira-kira sepuluh tahun lalu.

Sementara itu, menurut Bernama, orang ramai digesa berhenti menyebarkan desas-desus bekalan minyak masak di pasaran ketika ini makin berkurangan.

Pengarah penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata jika pengguna panik dan membeli banyak, bekalannya boleh terjejas.

“Saya harap penyebaran viral dihentikan kerana akibatnya pengguna membeli dengan banyak sehingga boleh menjejaskan kestabilan stok.

“Saya juga menasihatkan pengguna jangan panik kerana bekalan mencukupi,” kata Mohd Roslan Mahayudin di Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga memberi amaran bahawa pengilang, pembekal dan peruncit akan dikenakan tindakan jika menyorok barangan keperluan demi mengaut keuntungan.

Mohd Roslan berkata tindakan itu termasuklah merampas barangan, menarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Kawalan Bekalan. – The Malay Mail Online

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...