Cuma dak dak bodoh saja yang jadi fasilitator orientasi universiti kemudian denda juniors buat itu ini - menari, menyanyi, minta tandatangan seniors, redah sungai dan segala bagai. Minda kelas tiga.
"Kau kena buat baik dengan seniors nanti senang nak minta tolong bila time project..."
Tak faham dengan 'adat' universiti tempatan. Kenapa adanya kebergantungan seniors-juniors ini?
Bila dah masuk universiti, sepatutnya pandai berdikari. Nak minta tolong hal asrama, rumah sewa, sakit demam - mungkin. Tapi untuk kursus?
Mungkin saya biassed tapi tak pernah dengar pula pelajar Malaysia di luar negara yang 'minta tolong senior' untuk kursus, tak kira jurusan apa.
Orientasi senior-junior di universiti luar negara pun boleh dikatakan tak pernah didengar. Paling tidak, ada lawatan dan taklimat yang dianjurkan pentadbiran universiti atau Student Council secara professional.
Tapi tiada pula seniors universiti luar negara suruh juniors minta tandatangan, kena menari Chicken Dance, menyanyi lagu God Save The Queen atau meniarap di parking lot. Orang Malaysia saja yang buat perkara bangang sebegitu.
"Tapi juniors aksyen, berlagak, tak respek seniors"
Who the hell are you for people to give respect to? Respect has to be earned not forced. Ini dah macam seniority dalam UMNO saja.
Saya harap future facilitators orientasi universiti tempatan akan merubah tradisi bodoh ini. Hentikanlah trend denda, ambil tandatangan seniors, joget bagai tu.
Selain buat juniors marah dan berdendam, ianya mencerminkan minda anda yang tak intelektual langsung (2016)
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...