Rakaman Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Faris Petra menyembelih lembu di sebuah masjid menjadi viral di media sosial sejak beberapa jam lalu.
Video berdurasi 9:10 minit yang dikongsikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi akaun Facebooknya itu yang memperlihatkan Sultan Kelantan turun padang dan menyembelih lembu bagi menjayakan majlis kesyukuran yang diadakan di daerah Rantau Panjang, Kelantan, petang tadi.
Orang ramai tidak ketinggalan memenuhi perkarangan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Masjid Beijing’.
Video yang mendapat 4,000 like dan 1,042 perkongsian itu turut dihujani komen yang memuji sikap dan cara baginda yang kelihatan tidak kekok untuk menyembelih lembu.
Malah, ada yang memberikan komen mungkin baginda sebelum ini sudah terbiasa turun padang bertemu masyarakat termasuk penduduk kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli sebab itulah baginda mahir sekali gus dekat di hari rakyat.
Terdahulu, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja minggu lalu bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Ramai rakyat yang memperakui baginda adalah seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk negeri ini.
Putera sulung Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sering membahasakan diri baginda sebagai ‘kita’ ketika bertemu dengan rakyat negeri ini, baginda sering dilihat turun padang Baginda yang ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985 dilihat lebih gemar mengenakan jubah serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat baginda. - SuaraTV
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...