Sunday 20 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Alor Setar: Penghuni pusat pemulihan akhlak di Pokok Sena maut dipercayai dipukul sekumpulan 10 penghuni lain, kelmarin.

Mangsa, Mohamad Shukri Kassim, 17, dimasukkan ke pusat pemulihan itu sejak 11 November lalu kerana masih dalam tahanan reman bagi bantu siasatan kes pecah rumah di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa disedari meninggal dunia oleh warden pusat itu apabila dia tidak bangun bagi menunaikan solat Subuh.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala serta perut dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Berikutan itu pihak polis menahan 10 penghuni lain berusia antara 14 sehingga 17 tahun yang disyaki terbabit dengan kes berkenaan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: HarianMetro

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...