Monday 28 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah terpaksa menerima jahitan selepas terjatuh ketika merasmikan sebuah pertandingan boling semalam.

Berdasar perkongsian terbaru beliau di laman Facebook, Abdul Rani dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan menerima 13 jahitan.

"Ayah terjatuh semasa merasmikan pertandingan Boling ARC tadi...semasa ayah membaling bola itu," kata Abdul Rani yang mesra disapa sebagai 'Ayah Arka'.

Walaupun ditimpa musibah, beliau berjaya menyelesaikan tugas beliau sebelum dibawa ke PPUM.

"Tapi parah 13 jahitan...walau pun cedera, ayah tetap selesaikan tugas ayah sampai tamat," kata Abdul Rani lagi.

Kredit: sinarharian.com.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...