KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menafikan khabar angin yang tersebar melalui media sosial berhubung kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya utama berkuatkuasa 16 Nov ini.
Timbalan Yang Dipertua PSKLM Sazally Saidi berkata khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dipercayai telah dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“16 Nov tu pun hari Rabu bukannya Isnin macam dalam ‘statement hoax’ (kenyataan palsu) itu,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Khabar angin itu menyebut kadar tol di beberapa lebuh raya antaranya Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan naik antara RM1 dan RM5.70 mulai Isnin, 16 Nov. – BERNAMA

Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...