SUNGAI PETANI: Penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disembunyikan dalam tong ikan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu di sini, sejak dua minggu lalu, mengejutkan tiga penghuni lain di rumah itu.
Ia berikutan tiada tanda luar biasa termasuk bau busuk dihidu di kediaman itu.
Mohd Hisham Mohamad, 29, berkata penemuan mayat kanak-kanak itu menjawab misteri kehilangan tong ikan yang selama ini digunakannya untuk menadah air di tandas rumah mereka.
Beliau berkata, asalnya rumah unit itu didiami bersama tiga penghuni lain sebelum suspek lelaki berusia 34 tahun itu membawa pulang teman wanita bersama dua kanak-kanak kira-kira sebulan lalu.
"Sejak wanita itu tinggal di sini, kami bertiga jarang pulang ke rumah kerana tidak selesa dengan kehadirannya, lebih-lebih lagi rumah kami dihuni lelaki bujang.
"Selama wanita itu berada di sini, saya tak ada dengar sangat mereka bergaduh atau kanak-kanak dipukul kerana saya jarang ada di rumah.
"Saya perasan tong ikan yang guna untuk tadah air hilang. Masa saya tanya (suspek), dia kata dah bagi orang.
"Saya betul-betul terkejut apabila dapat tahu tong yang hilang itu ada dalam bilik dia dan dalam itu ada mayat pula," katanya ketika ditemui, di sini.
Mohd Hisham berkata, teman wanita suspek meminta bantuan membawa anak perempuannya yang tidak sedarkan diri akibat dipukul teman lelakinya ke hospital.
"Saya bergegas membawa kanak-kanak itu ke rumah jiran untuk disembunyikan. Waktu itu jugalah dia memberitahu anak lelakinya sudah mati dan mayatnya disorok dalam tong ikan di dalam bilik," katanya.
Mendengarkan perkara itu, katanya, jiran terbabit segera menghubungi polis bagi melaporkan kejadian.
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...