Tuesday, 15 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


PETALING JAYA: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya, "Darah dibalas Darah", kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata kenyataan Jamal boleh dianggap sebagai menghasut.

"Kami akan menyiasat perkara itu tanpa rasa takut atau pilih kasih. Dia akan dipanggil untuk memberi keterangan," katanya kepada The Star pada Selasa.

Pada Ahad, Jamal ditumbuk dimuka semasa pergelutan antara polis dan penyokong Baju Merah di pusat membeli-belah Ampang Point.

Beliau kemudian menerusi laman Facebooknya berkata, "Darah pasti diganti dengan DARAH", beberapa jam selepas pergelutan itu.

Kenyataan itu turut dimuat naik bersama paparan skrin sebuah artikel berita yang menunjukkan Jamal mengalami pendarahan di hidung.

Kredit: mstar.com.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...