Thursday 17 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...



Berikut ialah harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan untuk mendapatkan lesen memandu bagi kelas motosikal dan kereta pada tahun ini (2016) berdasarkan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu
Pada tahun 2015 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa peraturan baharu akan dilaksanakan iaitu pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang selain membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang berkenaan
Sehubungan dengan itu, individu yang mahu mengambil lesen memandu kereta dan motosikal (motosikal + kereta) secara serentak kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang

HARGA TERKINI BUAT LESEN MEMANDU KERETA ATAU MOTOSIKAL 2016 TERKINI
Harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan serta harga pakej yang ditawarkan oleh Institut Memandu bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta adalah masih berbeza mengikut Institut Memandu di setiap negeri

KELAS LESEN MOTOSIKAL DAN KERETA
Kategori Kelas
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc B2
Lesen Motosikal Melebihi 500 cc B
Lesen Kereta Transmisi Manual D
Lesen Kereta Transmisi Automatik DA

ANGGARAN KADAR BAYARAN YURAN AMBIL LESEN KERETA ATAU MOTOSIKAL
Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas
Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM600 (lesen motosikal B2), RM1,200 (lesen motosikal B), RM1,400 (lesen kereta D) dan RM1,600 (lesen kereta DA)
Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya
Kebanyakan Institut Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri


Kategori Harga Anggaran
Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc (B2) 350 hingga 600
Lesen Motosikal Melebihi 500 cc (B) 900 hingga 1,200
Lesen Kereta Transmisi Manual (D) 1,150 hingga 1,400
Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) 1,250 hingga 1,600


Harga yang dikenakan turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Institut Memandu
PROGRAM MYLESEN JPJ
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan program MYLesen untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak memiliki lesen motosikal tidak melebihi 250 cc (B2), mendapatkan lesen kelas tersebut dengan harga lebih murah


Kredit: mysumber.com

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...