Wednesday, 2 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

 Sebelum pilihanraya negeri Sarawak berlangsung bukan main janji disemai..! Nak mengampu punya pasal hingga mesyuarat kabinet pun diadakan di Kuching..! Itu sebelum keputusan pilihanraya diterima..!




Setelah itu...!!!

Saya sudah bosan dan tidak akan tolak ansur – Tok Nan
KUCHING: “Saya sudah bosan dan saya tidak boleh hendak bertolak ansur lagi.
“Kalau 10 atau 20 tahun saya boleh terima…tetapi ini sudah setengah abad. Dan ini melampau!”.


Itu suara hati Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem semalam, yang ternyata kecewa dengan Kerajaan Persekutuan berhubung permohonan untuk membina baharu sekolah-sekolah di Sarawak masih belum menemui jawapan positif.


 


Katanya, beliau sudah bosan memohon peruntukan Kerajaan Pusat, kerana sekolah-sekolah di negeri ini telah berada dalam situasi yang daif dan miskin terlalu lama.


“Kita hanya mahu mereka membina sekolah standard.
“Saya sudah penat merayu agar mereka memberikan kita sekolah yang lebih baik,” keluhnya sewaktu melancarkan penerbitan kamus Iban-Bahasa Inggeris oleh Yayasan Budaya Dayak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Adenan berkata, dalam konteks hari ini masih ada sekolah yang terhumban ke dalam sungai, bahkan masih ada yang tiada bekalan air bersih dan tiada bekalan elektrik.


“Ini amat mengecewakan,” katanya lagi.
Oleh itu katanya, masa untuk bertolak ansur sudah tamat dan Sarawak perlu bertegas dalam perkara ini.
 



Khabar baru diberitakan 3 IPG di Samarahan, Sibu dan Rejang bakal ditukar taraf kepada Politeknik atau Pusat Permata..! Ini menambah bahang kemarahan Adnan serta pemimpin dan rakyat Sarawak..! Kehendak Sarawak yang mahukan IPG berkenaan melahirkan tenaga pengajar dari Sarawak untuk pelajar Sarawak nampaknya tidak akan dapat dijayakan..!


Dulu lain, sekarang lain..!
PRN dah selesai tapi PRU Parlimen belum lagi beb..!
Tunggu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!


Kredit: http://babab.net

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...