Friday, 25 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


Orang kata, kalau muka suami isteri wajah seiras ni jodoh panjang.

Pelik kan, macam-mana wajah suami isteri boleh seiras? Apa puncanya?

 
Rupanya isu ini pernah dibincangkan oleh pakar psikologi dan ini sebabnya macam mana wajah suami isteri boleh jadi seiras.

1. Wajah hampir sama kerana kerap bersama

Menurut kajian psikologi, semakin kerap pasangan bersama, semakin mirip wajah mereka. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.

Mereka juga cenderung untuk mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik semakin mirip antara satu sama lain.


2. Sebenarnya dari awal lagi kita cari pasangan wajah seiras

Apabila mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan, termasuklah wajah dan penampilan.

Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini.

3. Emosi boleh ubah karakter wajah

Pakar psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Ia merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras.

Manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dan otot-otot wajah berubah mengikut emosi.

Kredit: Mingguan Wanita & Hanasuva.com

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...