Butterworth: Identiti juruterbang yang maut pesawat dinaikinya terhempas dan mengorbakan nyawanya, mangsa dikenali dengan nama Majer Kayamboo seorang insan yang sangat bertanggungjawab dengan kerjanya.
Paling menyedihkan hari ini adalah ulangtahun kelahirannya dia dijemput ajal dan berakhir tugas nya sebagai seorang juruterbang.
Ini ada sedikit info dari insan yang rapat dengan Majer Kayamboo :
Alhamdulillah.Seusai solat Maghrib.
Saya sekadar ingin menukilkan penghargaan dan menyatakan kesedihan serta berkongsi kebaikan seorang perwira 'senior' saya.
Beliau sanggup meninggalkan keluarga di utara tanahair semata menumpah kesetiaan menjaga keselamatan maritim negara.
Hidup beliau sentiasa menceriakan dan memudahkan urusan orang lain.
Baru pagi tadi sempat bertegur sapa,namun,terlupa untuk mengucapkan selamat Hari Kelahiran yang disambut pada hari ini.Dan pada hari ini jualah,beliau terhenti tugas sebagai seorang insan yang akan sentiasa diingati.
Beliau seorang bapa dan suami yang amat menyintai,kerana beliau pernah berkongsi kisah hidup yang amat beliau hargai dalam setiap momen bersama.
Semoga keluarga beliau diberi ketabahan dan kemudahan.
SELAMAT TINGGAL,tuan..Mej Kayamboo yang saya hormati. Dari Hassan Basri Tajul Arifin
Harian metro melaporkan Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala tiga lagi cedera selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat Beechcraft King Air 200T berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dan membawa tiga kru udara.
Pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat sebelum terbakar.
Pihak kecemasan dilaporkan dapat memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan terkini mereka masih belum diketahui setakat ini.
Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.
Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my/
Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my/
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...