Friday 4 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Klang : Hanya beberapa saat sebelum saksi memotong kenderaan mangsa kren itu tumbang, selepas dihempap kren tersebut kedengaraan bacaan yassin dari dalam kereta tersebut kerana tingkap nya terbuka,kemungkinan mangsa masih bernyawa dan berada dalam keadaan cedera parah.
Harian metro melaporkan pasangan Lelaki dan wanita maut selepas kren statik tumbang menghempap kereta dinaiki mereka di Persiaran Astana, Meru di sini, hari ini.
Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerusi sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam pada 12.35 tengah hari.



"Pemeriksaan kemudian mendapati kereta yang melalui jalan itu dihempap satu kren statik projek pembinaan di kawasan berkenaan.
"Dua mangsa iaitu lelaki dan wanita yang berada di dalam kereta itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala," katanya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan Nurhayati, 56.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Baca juga:
Ramai Tak Tahu, Rupa-rupanya Setiap Tiket Tol Lebuhraya Kita Dilindungi Insurans.. Boleh Claim Kalau Kereta Rosak!


Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...