Friday 4 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


KUALA LUMPUR: Isteri pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Aksan, 64, meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

Ia disahkan oleh Jalaluddin ketika dihubungi oleh BH Online, sebentar tadi. "Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung.

Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi. "Jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan cahaya mata dan 14 cucu.

Kredit: Bharian.com.my


Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...