Thursday 10 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Padang Besar : Cikgu Haiza yang sangat baik bertugas mendidik anak bangsa, Cikgu Haiza sentiasa bela anak murid nya dia tak nak orang buli budak-budak istimewa dibawah pendidikan khas .
Ini kisah mulia nya hati Cikgu Haiza diceritakan sahabat nya di laman sosial dia kini telah dijemput ilahi : 
Dalam pada itu Harian Metro melaporkan seorang guru maut apabila kereta Perodua Kancil dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 21.2 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Timah Tasoh, Padang Besar, hari ini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Rizani Che Ismail berkata, Norhaiza Ghazali, 38, juga guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar (Utara) meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas cedera parah dalam kemalangan 2.30 petang itu.
“Kemalangan membabitkan tiga lagi kenderaan iaitu lori simen, kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail dan Perodua Kelisa.

“Lori simen yang terbabas memasuki laluan bertentangan di satu selekoh tajam ketika dalam perjalanan ke Padang Besar, merempuh tiga kenderaan terbabit yang menghala ke Kangar,” katanya di sini, hari ini.
Rizani berkata, lori simen itu terbalik manakala kenderaan lain terbabas ke bahu jalan.
“Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kangar mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk Norhaiza sebelum dihantar ke HTF. Bagaimanapun, Norhaiza meninggal dunia selepas tiba di hospital,” katanya.
Tiga lagi mangsa yang cedera masih dirawat di HTF iaitu pemandu lori simen, Zamzuri Anuar Zakaria, 29, pemandu X-Trail Heng Chee Wat, 35, dan pemandu Kelisa, Anand@Adenan Iskandar Rossidi, 21.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...