Wednesday, 2 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Foto Hiasan Sahaja | Google Images

Oleh Izman Pauzi

Hari ini hujan lebat sejak awal pagi dan sejuknya mencucuk sehingga ke tulang hitam. Saya mula terdetik, mungkin inilah sebabnya ramai orang bernikah/berkahwin pada bulan September. Buktinya, di newsfeed Facebook saya, ramai benar sahabat yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada bulan ini. Saya juga tidak terkecuali.

Mengenai kahwin bulan September, sebenarnya saya sudah menerima tiga undangan perkahwinan bagi tarikh 17 September 2016. Sementelah ia adalah hari Sabtu dan cuti sekolah pula. Ia juga masa yang sesuai untuk berkahwin dan membuat persiapan, memandangkan hari Sabtunya, 16 September 2016 merupakan hari cuti umum, Hari Malaysia. Di awal minggunya pula adalah hari raya korban. Bakal pengantin boleh bercuti panjang mempersiapkan majlis dan diri. Inilah masa terbaik juga bagi keluarga dan sahabat untuk meraikan mempelai di hari bahagia mereka. 

Bercerita mengenai sahabat yang meraikan perkahwinan sahabat atau anak-anak sahabat, saya ada satu cerita. Ia berlaku pada tahun lepas di mana ketika itu saya menemui sahabat saya itu setelah dia berjanji untuk memberikan sampul duit raya yang diterimanya semasa 'salam kaut' untuk simpanan saya. Iyalah, saya kan pengumpul sampul duit raya. Dapat sampul terpakai pun tak mengapa jika hati sudah suka dengan hobi ini. 

"Man, ini semua sampul yang aku dapat semasa majlis kahwin anak perempuan aku tu. Ada yang cantik dan ada yang sudah renyuk berlipat. Kau pilihlah sendiri ye," katanya setelah kami memesan minuman di restoran mamak pada malam itu. 

Saya menerimanya dan mengucapkan terima kasih. Sebagai orang yang beradab, saya tidak terus membeleknya biarpun hati saya begitu gelojoh untuk melihat sampul-sampul itu. Saya sekadar meletakkannya di sisi saya dengan hormat. Saya mula berbual kosong mengenai kelancaran majlis kahwin anaknya itu.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Harga lauk dan katering dapat balik tetapi tak ada untung sangatlah. 

"Cuma aku sedih bila malam tu, buka sampul yang mereka bagi tu, ada juga yang letak tisu kosong. Tak kisahlah! Cuma aku sedih bila ada kawan yang sudah 20-30 tahun berkawan tetapi beri RM10 sahaja. Itu ke nilai kawan?" katanya meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya. 

Saya membiarkannya terus meluahkan rasa dan akhirnya saya mula bersuara.

"Bang, kalau saya, saya sepatutnya tidak menerima duit itu biar berapa pun nilainya," 

Dia tersentak.

"Kita buat majlis kahwin anak untuk beritahu orang yang anak kita sudah berumah tangga. Kita mahu ia diraikan dan dikenali oleh sanak saudara dan rakan tauladan dan sanak saudara. Pada saya perlu bagi duit salam kaut itu sebagai tanda hormat. Orang-orang tua kita dulubiasa amalkan. Cuma pada masa itu, mereka beri kain sarung, kain batik atau beri beras untuk pengantin memulakan hidup sendiri. "Bagi sahabat, pada saya datang tunjuk muka sudah memadai. Kalau dapat kawan yang dapat datang bantu semasa kenduri lagi bagus,

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...