Thursday, 24 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan harga gula berikutan permintaan pengeluar komoditi berkenaan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pertimbangan kepada perkara itu telah dilakukan sejak sebulan yang lalu.

“Perbincangan ini sudah mula sejak sebukan yang lepas, cuma kita mahu mengikut trend harga di pasaran dunia sama ada sebab-sebab menaik dan turun atau stabil, maka mudahlah kita buat perkiraan.“Harga gula di pasaran dunia kini mencecah USD $0.26sen bagi satu paun berbanding AS$0.16sen pada 2013 bagi berat yang sama.

“Sehubungan itu, permintaan (pengeluar gula) ini ada asasnya tetapi saya nak kepastian supaya ia memberi keselesaan kepada pengeluar untuk memastikan bekalan mencukupi dan pada masa yang sama saya juga pengguna, jadi saya tidak mahu membeli gula pada harga yang mahal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis perunding penjaja dan peniaga kecil kebangsaan di sini, hari ini.

Sebelum ini, peneraju pengeluar gula bertapis terbesar negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 peratus berikutan kos gula mentah yang semakin tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif MSM, Mohamad Amri Sahari berkata, kos gula mentah meningkat hampir 40 peratus sejak awal tahun ini dan memberi kesan ke atas margin syarikat.


Kredit: ismaweb.net

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...