SUSULAN dicemuh dihumbankan ke neraka gara-gara melakukan tugasannya sebagai penyampai berita, personaliti TV3, Izwan Azir Salleh tampil memberikan jawapan balas buat netizen yang tergamak mendoakannya sebegitu.
Menerusi laman Facebook miliknya, Izwan menulis, “Saya mendoakan mereka yang membuat doa itu semoga dilindungi Allah hendaknya dan diberikan kehidupan yang baik. InsyaAllah, saya tidak berdendam dan memaafkannya kerana Allah sendiri mengampunkan dosa hamba-hambaNya yang zalim, apalah saya yang kecil ini nak membenci mereka pula.”
“Kerja dan ibadah saya adalah dalam nawaitu yang hanya diketahui Allah. Oleh itu cukuplah Allah sahaja yang mengetahuinya dan memberi balasan buruk atau baik kepada saya,” tulisnya.
Posting berunsur hinaan itu dikeluarkan berikutan sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3.
Lantas tak semena-mena Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dicemuh sehinggakan ada yang menyelarnya sebagai binatang malah mendakwa gaji yang diterimanya itu adalah haram.
Beberapa netizen turut mempertahankan Izwan kerana menyifatkan personaliti itu hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya dia mendapat cemuhan kasar seperti itu. – MYNEWSHUB.CC
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...