Video berdurasi 51 saat itu telah ditonton 63,000 kali dan 3,395 shares di laman Facebook.
Berdasarkan video, lelaki warga asing itu merayu-rayu agar lelaki berbaju biru dipercayai majikannya tidak memukulnya. Namun, rayuannya tidak diendahkan lalu dipukul bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju Bersih 5 hanya melihat mangsa dipukul.
"Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?" kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.
Di media sosial, netizen mengutuk tindakan kejam dua lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusian dan memperlakukan mangsa seperti hamba abdi.
"Dia salah apa sekali pun, tiada keperluan untuk dipukul dengan teruk seperti itu. Ini zaman moden, tiada lagi istilah hamba abdi. Semua orang kerja makan gaji. Mohon polis ambil siasat dan ambil tindakan terhadap dua lelaki berkenaan," kata netizen. - The Reporter
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...