Sunday 6 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


“BAGI saya TMJ saja bergurau.” Itu respon Ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyiarkan sebuah video pendek bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik kumpulan baju merah yang mengadakan demonstrasi di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan TMJ sebagai seorang anak raja yang berjiwa rakyat dan sengaja bergurau menerusi video parodi berkaitan pertubuhan badan bukan kerjaan (NGO) yang diwakilinya itu.

“Sebagai seorang raja dengan siapa lagi baginda mahu bergurau, sudah pasti dengan rakyat.  TMJ seorang yabg berjiwa rakyat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana respon dengan persembahan silat gerakan baju merah. Daulat Tuanku.  Hidup TMJ,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut menyatakan perkara yang baik datangnya daripada Allah, sebaliknya yang buruk adalah dari himpunan Bersih.

“Buruk datangnya daripada Bersih 1, Bersih 2, Bersih 3, Bersih 4 dan Bersih 5 , yang baik daripada Allah. Merah Merah Merah.  Lawan tetap lawan, hidup merah,” katanya.

Beliau yang memimpin baju merah sebelum ini berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 19 November ini.

Dalam kenyataannya, beliau tegas menyatakan, tiada kuning dan tiada merah seolah-olah menggambarkan jika tiada himpunan baju kuning sudah tentu tiada juga baju merah yang akan menghalang perhimpunan itu.

Lihat:

Semalam, laman Facebook Johor Southern Tigers menarik perhatian netizen dengan memuat naik video parodi yang menunjukkan sekumpulan lelaki berbaju merah melakukan demonstrasi silat yang sering dilakukan gerakan baju merah.

TMJ dalam aksi santai berbaju biru melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan baju merah itu dengan simbolik ‘membunuh’ mereka semua dengan mudahnya walaupun mereka kononnya dilihat kebal. –MYNEWSHUB.CC

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...