SUSULAN insiden ‘berdarah hidung’ Ahad lalu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan pemimpin Baju Merah Jamal Md Yunos bersemuka sekali lagi– kali ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Jamal berada di lokasi berkenaan untuk memberi keterangan mengenai pergaduhan di pusat membeli-belah Ampang Point minggu lalu, manakala Zuraida pula berada di sana bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang Adam Rosly untuk membuat laporan polis terhadap Jamal.
Zuraida bersama beberapa penyokongnya berada di pusat beli belah Ampang Point bagi mengedarkan risalah Bersih 5, ketika sekumpulan diketuai Jamal mula mengherdiknya dalam usaha kumpulan Baju Merah menghalang perhimpunan November 19 anjuran Bersih 2.0.
Ketua Umno Sungai Besar itu membuat aduan polis Ahad lalu, selepas beliau mendakwa “orang-orang Zuraida” telah bertindak menumbuk sehingga mencederakan hidungnya dalam pergelutan tersebut.
Bagaimanapun, Zuraida menfaikan sekerasnya-kerasnya dakwaan itu dan memberi amaran kepada Jamal agar mengeluarkan permohonan maaf terbuka dan menarik kembali kata-katanya dalam tempoh 48 jam atau tindakan undang-undang akan dilakukan terhadapnya.
Ketua Wanita PKR itu berkata, selain meminta Jamal membuat permohonan maaf, beliau turut menuntut agar pemimpin Umno itu membayar sebarang kos kerosakan yang berlaku sewaktu pergaduhan Ahad lalu.
Menurut Zuraida, peguamnya sudah faks ke pejabat Jamal.
Katanya lagi, selain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Ampang, beliau juga akan diikuti membuat laporan polis lain di seluruh negara.-MYNEWSHUB.CC
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...