Sunday, 18 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


PORT DICKSON – Hasrat dua penjenayah untuk mencuri seekor lembu dengan cara menyumbatnya ke dalam sebuah kereta Perodua Bezza gagal apabila kenderaan serba luas itu terlibat dalam kemalangan di Kampung Cina Batu 6, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas masuk ke dalam lubang di laluan tanah merah kebun kelapa sawit ketika cuba meloloskan diri daripada kepungan pemilik lembu yang menyedari kegiatan suspek.

Menurut pemilik lembu berkenaan, Chukuni Ali,63, dia telah menghidu akan ada kegiatan curi lembu itu dan segera memaklumkan kepada rakannya untuk mengepung suspek.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Adzli Abu Shah ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian.








Sementara itu, insiden yang membabitkan penggunaan kenderaan jenama tempatan itu menjadi topik hangat apabila netizen berkongsikan gambar kejadian dengan pelbagai kapsyen lucu menggambarkan keluasan kenderaan terbabit.

Seorang pengguna Facebook, Jasicca Ooi menyatakan, “Pakai Bezza curi lembu…. 😂😂😂 Muat, space Bezza luas.”

Sementara itu, Mumtaz Haris pula berkata, “Pasni geng pelari lembu dah bulih guna Bezza dah pi curi lembu… Rasa dalam boot belakang tu boleh masuk lagi sekoq.”

Dalam pada itu Krul Azreen Zainon turut memuat naik komen, “Beli model Bezza paling mahal dah. Tapi kerja curi lembu… Ni Perodua punya marketing baru ke ape ni? Haha.” –MYNEWSHUB.CC

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...