Wednesday, 7 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

ALOR SETAR - Melihat pelamin begini dengan kos RM3,000 sudah tentu membuatkan hati rasa panas membara dan hilang mood nak berkahwin. Sudahlah pelamin tidak seperti yang diharapkan, bila ditegur, pihak berkenaan pula memberikan respon yang agak kurang menyenangkan. 

Itulah yang berlaku pada satu pasangan baru-baru ini. Gambar pelamin dan maklumbalas dari pihak berkenaan dimuat naik oleh Nur Musyriqoh Masri di laman Facebook, mengundang kritikan netizen. 


Difahamkan, pasangan pengantin berkenaan telah bersetuju memilih paket pelamin bernilai RM3,000. Bagaimanapun, hasil yang diterima amat menyedihkan sehingga ada netizen yang mengatakan penyidai seluar dalam lebih cantik dari pelamin ini. 
Malah, ada yang mengatakan bahawa ada banyak lagi pelamin pada harga permulaan RM700 sehingga RM2,000 jauh lebih menarik daripada yang tertera dalam gambar. 


Bagaimanapun, respon dari pihak berkenaan seperti tidak dapat menerima teguran serta menunding jari terhadap pasangan pengantin yang tidak didakwanya tidak sesuai. 

"Bukan faktor tempat macam mana nak letak pelamin itu. Ini faktor kenapa pelamin itu tidak setanding dengan harganya. Nilailah sendiri (komen beliau), jangan hina tempat orang," kata Nur Musyriqoh Masri. 

Inilah yang selalu berlaku pada pasangan pengantin yang bakal berkahwin. Perkara yang dipersetujui tidak serupa dengan apa yang dijanjikan. Sebaik-baiknya, siasat dahulu latar belakang pihak pembuat pelamin atau mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis raja sehari agar masalah tidak timbul di hari yang penting itu kelak. - The Reporter

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...