Friday, 9 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Inilah MAKSUD Sebenar BIN BINTI Dan BTE Yang Ramai TAK TAHU !!! | Sejak lahir lagi, masyarakat Islam di Malaysia telah kenal sinonim dengan bin binti atau bte pada namanya di kad pengenalan. Tetapi ramai yang masih samar samar bila ditanya apa maksud bin binti dan bte tersebut.
ISU BIN BINTI DAN BTE TERKINI.

Baru-baru, kami amat tertarik dengan sebuah pertubuhan Islam yang telah mendedahkan terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang. Betulkah sampai begitu sekali?
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.
Dan ini antara sebab-sebab yang lebih terperinci kenapa Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman risau sangat dengan isu ini…..
Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat. Kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini. – Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama. Penghapusan Bin Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan. – menurut perlembagaan, Melayu dan islam diberi keistimewaan, even Prof Aziz Bari pun kata Malaysia bukanlah negara sekular.
Kami pun tak pasti apa yang bukti yang menyebabkan Presiden ISMA tiba-tiba sahaja mengeluarkan isu ini. Samada betul atau tidak, hanya beliau sahaja yang tahu. Cuma pada pandangan kami tiada isu apa pun sebenarnya benda ini. Sebabnya tiada paksaan pun untuk mana-mana rakyat Malaysia meletakkan bin ataupun binti pada kad pengenalan.
Letak bin binti “belum tentu Islam”, tetapi orang Islam yang mengamalkan ajaranNya itu lebih dipandang mulia di sisiNya”
Dalam Islam tak wajib untuk seseorang itu meletakkan bin atau binti pada kad pengenalan. Satu lagi, kami agak tak bersetuju dengan “hukuman yang diberikan kepada anak luar nikah”. Kalau ikut pemahaman Presiden ISMA ini; anak luar nikah tak boleh didaftarkan IC? Tak boleh dianggap warganegara?
Dahla…..anak luar nikah ini berpunca daripada kegiatan daripada pasangan tidak ada moral. Kemudian apabila mereka lahir, kita hukum mereka lagi dengan dasar yang seperti ini. Kesian mereka. Mereka pun tidak mahu rasanya dilahirkan sebegini rupa. Anak-anak ini tidak bersalah, mereka tidak sepatutnya dihukum sebegini rupa.
Jikalau disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Ini terbukti apabila terdapat penggunaan bin dan binti dalam masyarakat Kadazan, Dusun yang bukan beragama Islam. Malah di negara Arab juga, penggunaan bin dan binti tidak tertakluk kepada individu yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian itu, isu agama tidak wujud dalam hal ini.
Ini semua terpulang kepada rakyat Malaysia, kalau nak guna, dipersilakan. Kalau tidak mahu, tiada paksaan pun sebenarnya. Isu ini bagi kami tiada kena mengena dengan Islam tetapi lebih kepada soal pengurusan dan pentadbiran sahaja. Mengapalah benda khilaf tiada dalam hukum agama menjadi keutamaan dalam pertubuhan ini.
Macam apa yang kami sebelum ini, tak perlu nak beria-ria nak tekankan juga perlunya wujud Bin Binti tu..sedangkan dalam Islam pun, tak perlu. Lainlah kalau memang ianya undang undang negara termaktub dalam perlembagaan negara. Ia lebih kepada HAK INDIVIDU..sebab nama ialah hak masing masing. Kalau nak letak Bin/Binti, letak…..kalau tidak mahu letak, terpulang. Senang kan begitu?
Kan lebih baik pertubuhan ini memainkan peranannya umat Islam yang tidak pergi solat berseronok di waktu Maghrib di tapak-tapak karnival. Ada tegur? Ada nasihat?
Ada beberapa tokoh yang kami semak tidak menggunakan bin binti, elok sahaja agamanya:
Ustaz Lim Jui Soon
Ustaz Ang Wang Seng
Dr Laurence Brown
Dr Bilal Phillips
Keith Ellison, First US Moslem Congressman
Tetapi yang ini pula ada bin binti, macam mana pula tu?
Wartawan Perang Israel, Ron Bin Yishai
Wira Israel, Binyamin Fuad Bin Eliezer
Wira Israel, David Bin Gurion
Ketua pasukan bolasepak Israel dan pemain Arsenal, Yossi Bin Ayoun
Shlomo Bin Ami, bekas menteri luar Israel
Zine El Abidine Bin Ali, Diktator Muslim
Dan akhirnya, Lina Joy pun dalam IC beliau tertera Islam.
P/S : Kami sendiri selesa dengan penggunaan bin binti ini, sebab dah lama guna kan. Tiada masalah pun.
PP/S : Pada pendapat anda sendiri untuk situasi di negara kita Malaysia, apa yang menjadi keutamanaan anda jika diberikan pilihan meletakkan bin atau binti atau tidak? Mana pilihan anda, dan sebab apa? 
KREDIT BERITASEMASA

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...