Saturday, 3 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Berhati-hati dengan penggunaan debit kad Maybank yang baru ini. 

25 November, guna di Tesco Stargate. Tetapi Salesgirl kata tak boleh digunakan. Jadi, bayarlah secara tunai RM2++. 

27 November, buka Maybank2u nak transfer duit pada kawan. Hairan tengok ada pengurangan baki. Bila semak punya semak, ada duit ditolak ketika shopping di Tesco 25 November lalu. Bukan sekali, tetapi dua kali. Terus bergegas mencari resit. Mujur masih ada dan terus ke Tesco. 

Rupa-rupanya ini bukan kes pertama, tetapi sudah ada banyak kes sebelum ini. Yang membuatkan orang marah ialah, mereka dah tahu penggunaan kad ada masalah, kenapa tak maklumkan kepada pelanggan? Memang kena 'soundlah' kakitangan di Customer Service itu. 

Kemudian kakitangan ini minta fotostat pelbagai benda berkaitan sebagai bukti. Terpaksa pergi cari Cyber Cafe yang boleh print penyata bank dari Maybank2u. 
Selepas serah semua dokumen yang dipinta, kakitangan itu minta tunggu seketika. Kita pun tunggulah lama sampai berjanggut, bayangnya pun tak nampak. Kemudian datang pula kakitangan yang lain dan terus tanya dia sama ada boleh tak kalau nak jumpa pegawai yang bertanggungjawab ke atas kes ini. Terus dia minta nombor telefon dan beritahu akan menghubungi saya kalau ada apa-apa perkembangan. 

28 November, tunggu pun tunggu, tak ada maklumbalas. Saya pergi semula ke Tesco untuk tanya status kes. Jawapan yang sama diterima. 

Kami akan call akak nanti ya. Proses itu tak tahulah cepat atau lambat. 

Pasrah, andai rezeki ada, adalah. Kalau tak ada rezeki, redha. 

Saya menghubungi pihak Maybank dan ke kaunter. Report dari Tesco dan Maybank dah ada, cuma tunggu duit dikembalikan. Tak kisah cepat atau lambat. Janji duit saya dikembalikan. 

2 Disember, Alhamdulillah duit saya telah dipulangkan ke dalam akaun. 

Jadi selepas ini, beringatlah selalu untuk semak baki dalam akaun bank. Bila dah terkena sekali, mungkin selepas ini tak berani dah nak gunakan debit. Kembali ke cara lama, tunai sahaja. - Rusniza Hussain | The Reporter

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...