Kenali 14 Tanda Anak Anda Kena Buli di Sekolah | Kenali tanda-tanda anak anda kena buli di sekolah. Luangkan masa dengan anak-anak anda dan ajak mereka berbicara.
1. Anak tidak melalui jalan biasa yang ditempuh untuk pergi ke sekolah;
2. Prestasi anak menurun dan sulit memberi tumpuan kerana trauma dan ketakutan atau bahkan merancang untuk balas dendam;
3. Anak tidak mau terlibat dalam kegiatan keluarga dan sekolah, mereka ingin dibiarkan sendiri. Jika anak mengunci pintu kamarnya dan menangis, boleh jadi ia mengalami penindasan itu;
4. Sepulang sekolah, anak merasa kelaparan serta mengaku kehilangan wang jajan atau tidak lapar di sekolah. Padahal itu sekadar alasan kerana sesungguhnya ia telah mengalami pembulian;
5. Anak mencuri wang dari orang tua dan membuat dalih yang sulit dipercaya tentang penyebab hilangnya wang tersebut. Padahal boleh jadi anak anda sedang diancam dan ditakuti kecuali menyerahkan sejumlah wang pada pembuli;
6. Sesampainya di rumah, anak tergesa-gesa pergi ke bilik mandi. Anak anda terlalu sering menahan air kencing. Di sekolah, lokasi tandas sering menjadi tempat tumpuan buat para pembuli. Anak anda rasa dia lebih baik mengalami jangkitan pundi kencing daripada kena buli lagi;
7. Anak anda merasa sedih, pendiam, tetapi mudah marah. Atau anak anda menjadi ketakutan setelah menerima telepon atau e-mail. Karena anak anda merasa tidak boleh melarikan diri dari hinaan dan cercaan para penindas;
8. Anak anda melakukan sesuatu yang bukan karakternya seperti ponteng atau melakukan perkara yang tidak sopan yang tidak pernah dilakukannya;
9. Anak menggunakan bahasa yang merendahkan atau menjatuhkan martabat ketika bicara tentang rakan-rakan sebaya;
10. Anak anda tidak lagi menceritakan rakan-rakan sebaya dan aktiviti seharian kerana anak anda merasa tidak ada lagi cerita gembira yang boleh digambarkan selain cerita penuh derita kerana sering ditindas;
11. Anak anda tidak lagi menceritakan rakan-rakan sebaya dan aktiviti seharian kerana anak anda merasa tidak ada lagi cerita gembira yang boleh digambarkan selain cerita penuh derita kerana sering ditindas;
12. Baju keronyok, koyak, atau hilang disebabkan pergaduhan dengan para pembuli padahal anak anda sebenarnya dipukuli;
13. Anak menderita cedera fizikal yang tidak konsisten dengan penjelasannya. Anak anda malu mengakui bahwa dirinya telah ditindas;
14. Anak mengalami sakit perut, pening, kepanikan, keadaan sulit tidur atau sangat sering tidur, keletihan. Adrenalin yang keluar berlebihan kerana stres menghadapi tekanan membuat perutnya mulas, gerakan anggota tubuh yang tak dapat dikendalikan, dan otak tak berfungsi. Secara perlahan sistem akan rosak, dan tubuh serta benak akan menjadi sangat letih.
Semoga semua orang tua boleh mengenali dan memahami tanda-tanda ini sehingga tahu langkah terbaik dalam penanganan anak yang menjadi mangsa penindasan ini.
Kredit: http://kebodmedia.blogspot.my
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...