Friday, 16 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Kereta sering kali digunakan oleh anda untuk pergi ke satu-satu tempat, ianya adalah salah satu pengangkutan yang memudahkan pergerakan anda, selain dari menaiki pengangkutan awam. Bagi mereka yang tingggal di apartment, kereta sudah semestinya diletakkan di tempat terbuka, dan bagi mereka yang mempunyai ruangan khas parkir di rumah, kereta akan diletakkan di garaj.

Namun begitu, tidak kira di mana sahaja anda meletakkan kereta, ada sahaja serangga kecil yang dapat menyelinap masuk ke dalam kereta anda, tidak kiralah anda sudah menutup rapat tingkap kereta anda. Ini kerana, serangga kecil ini boleh sahaja masuk melalui ruangan enjin, atau melepasi penyaman udara di dalam kereta.

Lipas adalah salah satu serangga yang paling ditakuti kebanyakan orang, dan apabila ianya mula merayap di kaki, sudah pasti anda akan berasa tidak keruan. Bukan itu sahaja, lipas juga memberikan bau yang tidak menyenangkan, jika mereka berada dalam kereta anda.

Tetapi, anda kini sudah boleh menarik nafas lega, kerana saudari, Cik Zati, kongsikan petua yang boleh digunakan dalam memerangkap lipas di dalam kereta anda. Nampak amat mudah sahaja petua ini, mana tidaknya, bahan yang digunakan boleh didapati dari dapur rumah sahaja, jom kita tengok sikit.


LIPAS DALAM KERETA

Saja nak share, ini hasil tangkapan malam tadi dalam kereta abah Mia.

Kalau ada yang nak try petua ni pon boleh.


- Minyak masak terpakai
- Majerin
- Susu pekat manis


Campurkan ketiga-tiga bahan di atas di dalam satu bekas.

Letak semalaman dalam kereta, esok pagi boleh tuai hasilnya


Kredit- Siakap Keli

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...