Sunday 18 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Alor Setar : Sungguh perit apa yang berlaku 5 beradik ini menjadi yatim piatu sekelip mata, apabila ayah dan ibu  mereka maut dalam kemalangan yang menimpa mereka sekeluarga, 5 beradik ini parah dan dikhabarkan masih tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui yang mereka telah kehilangan ayah dan ibu mereka.
Sepasang suami isteri maut manakala lima anak mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV)  dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Alor Punti, Pendang dekat sini malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang.
Dua mangsa yang maut ialah pemandu MPV jenis Perodua Alza itu, Mohd. Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd. Noor, 42.
Mohd. Padzil dan Masmiwaza merupakan guru masing-masing bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar.



Assalamualaikum Buat Rakan SMK Pendang 1 Yang Mngenali Cikgu Padzil Bin Rashid , Mengajar Subjek Pengajian Perniagaan 2, Terutama Batch 2004/05 Form Six (61E & 62E), Telah Kembali Kerahmatullah Awal Pagi Tadi...Mohon Rakan2x Tolong Sedekahkn Al-Fatihah Buat Arwah Cikgu Padil Rashid serta Isteri...Moga Arwah Ditempatkn Bersama Orang Beriman😥😥😥😥...
Pagi Ini 18/12/2016, DiKejutkn Dengan Berita Sedih...Perginya Seorang Guru SMK Pendang iaitu Allahyarham Cikgu Padzil Bin Rashid & Isteri Akibat Kemalangan Jalan Raya Di Simpang Tobiaq Pendang...Soal ajal ia bukan benda main main . masih ku terbayang Raut wajahmu Guru, gurau sendamu , gelak tawamu sewaktu engkau mengajar kami semua pengajian perniagaan 2 dari 6Bawah hingga 6Atas . engkau sabar melayan kerenah kami . engkau lah guru yang paling tenang dan baik . engkaulah teman seperjuangan ayahku sewaktu disekolah SMKP 1 dahulu . engkau juga ku anggap seperti ayahku . terbayang kenakalan diriku & Rakan sewaktu di kelas dahulu dan niat ku untuk bertemu denganmu Bulan Nie tidak kesampaian. sungguh tidak ku sangka begitu cepat engkau tinggalkan kami . tapi Allah lebih menyayangimu , wahai guruku. Halalkan Ilmu Yang Pernah Kau Curahkan Kepada Kami, Akanku Kenang Jasamu Hingga ke Akhir Hayatku . Doaku semoga engkau tenang disana wahai GURUku dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman . Selamat jalan Cikgu Padzil bin Rashid dan Isterinya ,Doaku Sentiasa Diiringi Buat Dirimu Guru. . . Innalillah Hiwainna Ilaihi Rojiounnn . . Al-Fatihah....
#doakumengiringimu
Empat anak mereka yang parah ialah Masyitah, 12; pasangan kembar iaitu Muhammad Asyraf, 11 dan Muhammad Akmal; Munirah, 7, dan Maisarah.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV tersebut terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.
"Pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang hadapan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Al fatihah 

Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...