Thursday 1 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


GEORGETOWN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan suspek kes tembak di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu semalam mempunyai masalah mental.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek berusia 35 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Khalid berkata, bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan.

"Kita percaya suspek mempunyai penyakit mental. Suspek berasal dari Kepong, Selangor.

"Suspek adalah bekas anggota askar wataniah, sebelum berkhidmat sebagai pengawal keselamatan," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang, tadi.

Khalid ke HPP bagi melawat mangsa termasuk seorang jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 28.

Katanya, suspek memiliki lesen mempunyai lesen untuk mengendalikan senjata dan pihaknya turut menyiasat kejadian berkenaan sekiranya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.

Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, K. Arivarni , 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amir, 28, dan Lim Boon Leng, 32.





Kredit: SinarHarian, 
Gambar: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...