KUALA LUMPUR: Konsert sulung musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV) yang disiarkan secara langsung oleh Astro, malam tadi, menjadi bualan netizen.
Selain terpegun dengan aksi 12 peserta, babak 'berebut' mikrofon antara petugas produksi dan penaja utama iaitu pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, turut diperkatakan peminat.
Pada insiden itu, Dr Vida tampak tidak berpuas hati apabila dia tidak diberi lebih masa untuk berucap selepas dipanggil pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Memberitahu BH Online, Dr Vida mendakwa insiden 'berebut' mikrofon pada konsert minggu pertama GV3 itu bukanlah gimik.
Sebaliknya, dia memang mahu mengambil kesempatan tampil dalam program terbabit untuk mempromosikan produk.
Tambah Dr Vida, dia enggan mempersiakan pelaburan besar yang dibuat untuk menaja program realiti berkenaan tanpa diberi peluang menghebahkan produk keluarannya.
"Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama.
"Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen (TV) terbabit," katanya.
Menurutnya, sikap pihak Astro yang tidak mahu memberi mikrofon menyebabkan dia mula rasa bosan.
"Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.
"Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama," katanya.

Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...