PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat kerajaan sedang merancang untuk menaikkan kadar GST daripada 6% kepada 8%, memandangkan ia tidak mampunyai sumber cukai produktif yang lain.
Jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa menjual sebahagian aset Khazanah Nasional Berhad bagi menampung pendapatan kerajaaan buat sementara bagi tahun 2017.
Memandangkan ekonomi dunia menuju kegawatan, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai berkata GST satu-satunya cukai yang sangat produktif dan berdaya maju, ketika cukai korporat dan cukai individu golongan berpendapatan tinggi dijangka menurun.
“Kalau boleh kerajaan mahu laksanakan tahun ini untuk belanjawan tahun depan (2017),” kata Barjoyai kepada FMT.
“Tapi bergantung pada berani atau tidak kerajaan melakukannya. Mungkin mereka pun tak ada pilihan lain sebab tidak ada sumber pendapatan lain untuk diharapkan,” katanya.
Pakar ekononomi itu sebelum ini diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata ekonomi akan lumpuh sekiranya kadar GST diturunkan daripada 6% kepada 3%.
Najib menjawab Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang berkata penurunan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik.
Menurut Barjoyai, penurunan sehingga 3% akan menyebabkan jumlah kutipan GST berkurangan kepada RM20 bilion.
Kutipan tahun ini dijangka mencapai RM39 bilion.
“(Penurunan) itu akan menyebabkan pendapatan kerajaan terlampau rendah sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan yang besar, dan akan menyebabkan defisit belanjawan naik sampai 4% atau lebih 4%,” jelasnya.
Barjoyai tidak optimis kerajaan akan dapat mencapai kutipan GST RM39 bilion kerana jumlah perbelanjaan persendirian yang merosot.
“Kemungkinan berkurang hampir RM6 bilion hingga RM8 bilion. Ini akan menyebabkan sasaran defisit perbelanjaan kita meleset sebab kita jangkakan kita akan mencapai sasaran 3.1%.
“Kemudian pada masa yang sama Petronas telah menurunkan jangkaan dividen bayaran cukai yang akan mereka buat daripada RM60 bilion kepada RM30 bilion. Jadi ini merupakan satu tamparan besar juga,” katanya.
Kredit-MyBuletin

Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...