Friday, 21 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
KUALA LUMPUR - Peguam kepada bapa saudara anak mangsa nahas Lebuhraya Duke, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, pihaknya mempunyai segala bukti untuk menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh ibu saudara dua beradik berkenaa, Yusnida Hussain, lapor Sinar Harian.



"Pihak kami mempunyai bukti-bukti seperti slip transaksi bank dan rekod-rekod lain bagi membuktikan dakwaan sebenar terhadap Muhammad Faizznur Asyraf Hussain.

"Duit sumbangan (orang ramai) masih ada. Tiada masalah tentang itu dan kami sedang bersedia mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah nanti," katanya kepada Sinar Harian.
Jelas Muhamad Akmal lagi, pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap Yusnida dan suaminya berikutan tuduhan pecah amanah yang dibuat terhadap anak guamannya.

"Kami akan keluarkan saman malu selepas notis tuntutan dikemukakan kepada Yusnida dan suaminya. Sidang media yang diadakan telah mengemukakan tohmahan yang tidak berasas dan kami juga mempunyai bukti yang sangat kukuh bahawa Muhammad Faizznur tidak bersalah," katanya.

Malah, tindakan Yusnida mengadakan sidang media tergempar tempoh hari hanya memburukkan keadaan dan menganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan pada ketika itu. Akibat dari tindakan Yusnida itu, katanya, Muhammad Faizznur dan keluarganya berdepan dengan ugutan dan ancaman dari masyarakat sekeliling.

"Orang ramai yang tidak tahu hal sebenar telah mengecamnya menerusi media sosial, malah dia juga menerima ugutan bunuh," katanya.

Difahamkan, pihaknya juga akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan mengenai keadaan semasa kepada semua.

-Kredit: www.TheReporter.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...