Seorang gadis cantik Intan Novita 21 yang juga merupakan
seorang Vokalis Band Muziku mengalami detik mengerikan apabila muka dan
tubuhnya di siram dengan cairan Asid oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.
Dalam kejadian yang berlaku semalam Intan
dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah menaiki motor pada jam 18:30 untuk
menjemput ibunya kata Riyan 23 rakan mangsa memberitakan kejadian dari Hospital
Hansan Sadikin Bandung.
Ryan berkata Intan menjemput ibunya untuk melihat studio
muzik yang baru saja di jalankan oleh Intan, kerana itu adalah impiannya selama
berkaria dalam dunia muzik.
Diakui Intan selama ini bersusah payah untuk mendirikan
sebuah studio muzik tersebut, Intan yang ingin berkongsi berita gembira itu
bersama ibunya terlebih dahulu tidak kesampaian apabila ditengah jalan dia
di simbah dengan cair asid hingga kini masih belum sedarkan diri.
Menurut saksi kejadian, kedua-dua lelaki yang tidak dikenali itu
turun dari sebuah kereta ketika mangsa berhenti di lampu isyarat dan
menyimbahnya dengan asid.
Mangsa kemudian menjerit “panas” dan terjatuh, namun tidak
ada siapa yang berani menolong kerana takut melihat keadaan wajah mangsa yang melecur.
Kakak mangsa yang kebetulan berada di kawasan berhampiran
segera ketempat kejadian dan membawa adiknya itu kehospital.
Dimaklumkan sebagian tubuh intan melecur setelah terkena
cecair berbahaya itu.
Sementara pihak Polisian Buah Batu Bandung masih lagi menjalankan siasatan kes berkanan, sejauh ini ibu mangsa memaklumkan bahawa anak gadisnya itu
baru saja putus cinta dengan seorang lelaki tiga bulan lalu.
Ibu mangsa juga berkata, kekasih anak gadisnya itu tidak
terlalu di kenali oleh keluarganya, pekara itu telah menyukarkan pihak polis untuk
mengenali identiti lelaki terbabit, hingga kini belum ada tangkapan dibuat
terhadap mana-mana individu yang
mencurigakan.
Kredit: http://wartawan-jalanan.blogspot.my
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...