Peniaga menawarkan iphone 5s secondhand dengan harga
sebanyak RM500. Budak sekolah (dan juga kawan kepada adik saya) tertarik
dengan tawaran tersebut dan nego supaya mengurangkan harga sehingga sebanyak RM400.
Akhirnya peniaga tu pun setuju dengan harga tersebut.
Sebelum barang dapat budak ni sudah pun buat pembayaran sebanyak RM400.
Selepas itu peniaga tunjuk bil dan dalam bil peniaga
tersebut tulis JUMLAH sebanyak RM750. Apabila budak ini tanya jumlahnya kenapa
jadi RM750 maka peniaga tu jawab untuk software dikena caj sebanyak RM350.
Jadi budak ni pun tak nak beli iphone tersebut dan minta balik
duit dia tetapi peniaga kurang ajar tu berkata ambil iphone 5s dengan membuat
bayaran penuh atau ambil telefon pintar yang lain.
Kalau nak duit peniaga itu berkata akan bagi RM300 sahaja.
Apabila kami pergi ke sana kami nampak peniaga itu gertak dan memaksa budak ni
supaya beli iphone 5s itu dengan harga RM750.
Kesian tengok budak ni. Bukan budak ni sahaja jadi mangsa
peniaga cina di Terminal One Seremban ni tapi ramai lagi.-Ashraf Abdul Malik
Tempat: Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre Seremban
|
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...