Friday, 28 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Akhirnya Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai mendera isterinya, ditahan polis di Batu Berendam, Melaka, malam semalam

Kisah Ida yang didera secara fizikal dan seksual mula mendapat perhatian ramai apabila polis Johor mengesahkan menerima laporannya dan memburu suaminya.

Menurut Ida dia berkenalan dengan suami yang juga seorang duda, termakan oleh drama lakonan lelaki itu yang berpura-pura baik.

Menurutnya, selama ini dia bersabar kerana suaminya itu biasanya mengamuk selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah namun akan kembali seperti biasa selepas beberapa hari di rumah.

Katanya, keadaan itu menyebabkannya bersabar dan beranggapan tekanan kerja namun kejadian bulan lalu menyebabkannya nekad meninggalkan suaminya itu dan menuntut cerai.

“Pada 18 September lalu, selepas dua hari tidak pulang ke rumah, suami pulang pada 4 petang dalam keadaan marah menyebabkan kami bertengkar sebelum suami mencekik leher saya, menghentak kepala menggunakan bakul baju dan mengheret saya dari dapur ke depan rumah sebelum dia keluar.katanya.

Selain itu Ida pernah dibawa ke balai polis di Segamat untuk membuat laporan polis atas kehilangan enjin motosikal dan ketika dalam perjalanan,suaminya terus menerus memukul kepalanya

Selesai membuat laporan polis dia pulang ke rumah dan mendapati suaminya itu tidur dan keluar dari rumah keesokan harinya bersama dua anak berusia dua tahun dan lima bulan ketika suaminya itu ke mahkamah.

“Saya membuat aduan di balai polis Bukit Gambir sebelum berlindung di rumah rakan kerana tidak mahu dia mencari saya di rumah keluarga.

“Saya berharap dia dikenakan tindakan tegas dan hukuman setimpal selain memohon perlindungan terhadap dirinya serta anak-anak kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek lelaki berumur 37 tahun berjaya ditahan di Batu Berendam, Melaka, kira-kira 8 malam semalam

“Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman esok,” katanya.

Kredit: http://wartawan-jalanan.blogspot.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...