Tuesday, 25 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Tahukah anda mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara kuat? Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar masyarakat muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah dilakukan oleh ayah, ibu dan masyarakat di sekelilingnya. Sesungguhnya, mengetahui selok belok agama menjadi wajib bagi seorang muslim.

Terdapat peribahasa yang menyatakan bahawa satu ibadah dengan ilmu lebih baik daripada seribu ibadah tanpa ilmu. Sehingga dengan demikian kita perlu mengetahui tata cara solat seperti hukum mengeraskan bacaan dalam solat.

Ini Alasan Mengapa Shalat Dzuhur Dan Ashar Tidak Bersuara

Masalah jahar ataupun sirr ketika melafazkan bacaan surah bukanlah persoalan apakah itu wajib ataupun sunat dan menjadikan kesalahan tersebut disempurnakan dengan sujud sahwi seperti lupa bertahyat awal. Akan tetapi bacaan solat zuhur yang dikeraskan atau tidak, lebih bertumpu pada kebolehan untuk melaksanakannya atau tidak.

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dalam shahih Muslim telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika solat.

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah solat bersama kami. Pada solat zuhur dan asar, beliau membaca Al Fatihah dan dua surah di rakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca. Adalah beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat zuhur dan memendekkannya pada rakaat yang kedua. Begitu juga pada saat solat subuh.”

Dari keterangan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu tersebut menjelaskan kepada kita terutama dalam kalimah, “Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca” bahawa terdapat kebolehan menjaharkan bacaan surah pada solat yang biasanya sirr seperti solat zuhur ataupun asar. Sehingga bacaan yang dilakukan dengan sirr atau jahar bukan menjadi syarat sahnya suatu solat.

Firman Allah berikut ini akan semakin memperjelas alasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara.


Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...