Saturday 22 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


KUALA LUMPUR – Insiden mencampak ular ke dalam kolam semasa aktiviti kem bina semangat yang disertai oleh beberapa pelajar sekolah rendah di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini mendapat perhatian Jabatan Peguam Negara.

Unit Komunikasi Strategiknya dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Peguam Negara mengambil serius insiden berkenaan dan mengambil maklum polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Oleh yang demikian, jabatan ini akan menunggu sehingga siasatan tersebut selesai dan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan kelak,” tegas kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini satu rakaman video sekumpulan murid perempuan diarahkan memasuki sebuah kolam terdapat ular ketika menjalani modul latihan menjdai viral di laman sosial.

Ekoran itu, empat jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mengendalikan latihan berkenaan disiasat berhubung kejadian tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan turut melahirkan kesal dengan insiden itu sambil menegaskan ia berlaku di luar pengetahuan agensi tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...