Saturday, 22 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Seorang pelajar terperangkap dalam lif lebih daripada 5 jam dan apa yang dilakukan olehnya ketika terperangkap wajar dicontohi.


Terperangkap dalam lif bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Mungkin kebanyakkan daripada kita akan menghabiskan masa bermain permainan video, atau bersembang dan mungkin hanya membuang masa begitu sahaja jika terperangkap di dalam lif, lebih-lebih lagi dalam tempoh masa yang agak lama.

Di sebuah bandar di China, pelajar berusia 13 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah dan tiba-tiba terperangkap didalam sebuah lif.



Apa yang dilakukan pelajar ini ialah, dia menekan kesemua tingkat pada butang lif dengan harapan lif tidak menjunam jatuh ke bawah.

Beliau seterusnya cuba memanggil intercom, namun tiada respon.

Mungkin sudah putus asa dengan pelbagai cara, pelajar ini duduk dan segera mengeluarkan kerja rumahnya. Selesai menyiapkan kerja rumah dan masih tiada siapa menyelamatkan dirinya, pelajar ini menghabiskan masa menghafal.

Selepas 5 jam, barulah pasukan keselamatan datang menyelamatkan pelajar ini.

Dan, yang penting kerja rumahnya dah siap! Yeaaaa!

Kredit: http://mediahub-m.blogspot.com/ (Gambar hiasan)

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...