Wednesday, 26 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Nama Azmir Arif mungkin agak kurang dikenali oleh peminat muzik tanah air di malaysia, ianya mungkin kerana dipinggirkan atau lagu-lagunya kurang dimainkan di radio.

Namun, tahukah anda, penyanyi yang dianggap unik ini sebenarnya telah mencipta nama di negara Brunei dan Singapura di mana beliau turut dijemput membuat persembahan di Istana Brunei.

Kenapa beliau dipanggil penyanyi unik? beliau sebenarnya tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya(OKU)  dimana disebalik kemerduan suaranya dia sebenarnya tutur katanya adalah tidak sempurna atau dalam kata lain adalah sengau akibat rekahan lelangit sejak lahir lagi.

Tetapi apa yang menarik, apabila beliau menyanyi, bunyi sengau itu tidak kelihatan, suaranya seperti orang normal yang lain malahan amat hebat dan merdu.

Jejaka yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang ini sebenarnya pernah mengalami pelbagai peristiwa perit sebelum nekad untuk bergelar penyanyi.

Kekurangan yang dialaminya sering menjadi bahan perbualan mereka di luar sana sehingga dia pernah hilang semangat untuk mengejar cita-citanya ini.

Luahan hati beliau melalui lagu Namunku Punya Hati

Beliau telah berusaha keras mencipta namanya dalam industri hiburan, mengorbankan masa dan banyak wang ringgit demi mengejar cita-citanya bergelar sebagai seorang penyanyi, ada sesetangah radio dikatakan tidak mahu memainkan lagu-lagunya kerana beliau tidak dikenali peminat-peminat muzik di Malaysia.

Apa yang pasti, bakat beliau lebih dihargai di negara luar seperti di Singapura dan Brunei, dikatakan jika dia membuat persembahan di sana, beliau akan mendapat perhatian ramai kerana mereka lebih memandang bakatnya, bukan kekurangannya.

Bahkah baru-baru ini pihak istana Brunei telah berkenaan mengadakan sambutan hari lahirnya di istana kerana kekerapan dan rapatnya beliau yang sering membuat persembahan di sana.



Malahan dalam perkembangan lain di Singapura, beliau pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam Pesta Tari Singapura dan percapainya itu amatlah wajar dibanggakan.

Setelah mengharungi dugaan dan rintangan sebagai anak seni, akhirnya impian Azmir Arif  untuk menghasilkan album penuhnya sendiri telah menjadi kenyataan.

Album berjudul Cinta Kita Berdua ini memuatkan lapan lagu daripada pelbagai genre seperti balada, pop, tradisional, dan hip hop untuk pilihan pendengar.


Antara penulis dan komposer yang terlibat dalam menghasilkan lagu-lagu yang cukup indah ini ialah Datuk Freddie Fernandez, Adnan Abu Hassan, Alfa Booty Kesuma, Jeff A to Z, Aesar Mustafa, Nira Aria, Hudson Gan, Qalil, Rosidi Harun, M Alif, Sheikh Qalam dan Faizol Rock.

Bahkan untuk mendapatkan yang terbaik dalam nyanyiannya demi mengambil hati peminat, beliau sanggup mendapatkan komposer luar iaitu Wan Irwan Shah dari Indonesia untuk menghasilkan lagu Nombor 1, kesinambungan dari lagu Yang Sedang-Sedang yang pernha dinyanyikan Iwan.

Penghasilan album ini membuktikan bahawa penyanyi yang mempunyai masalah sengau ketika bertutur sepertinya mampu mencapai impian meskipun pernah diperlekeh suatu ketika dahulu.

Sekali pandang, Azmir sememangnya memiliki pakej lengkap. Bertubuh sederhana, berkulit cerah dan kacak, tiada siapa sangka penyanyi yang mempunyai bakat luar biasa ketika menyanyi ini mempunyai masalah pertuturan.

“Barangkali inilah yang dikatakan anugerah ALLAH kepada saya. Saya bersyukur dengan ciptaan ALLAH dan memanfaatkan sedikit kelebihan yang diberi di sebalik kekurangan yang ada.

“Betul saya ada masalah pertuturan tetapi ketika menyanyi saya mampu mengalunkan lagu dengan baik. Saya tidak pernah berasa malu dengan keadaan ini, jauh sekali menjadikan ia sebagai bahan ataupun alasan meraih simpati,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Azmir kini dalam rangka untuk mempromosikan lagu serta muzik video album tersebut di YouTube.

“Saya berhempas pulas selama bertahun untuk memastikan kesemua lapan lagu yang dimuatkan dalam album ini dapat memuaskan hati setiap pendengar.

“Alhamdulillah muzik video Cinta Kita Berdua mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pendengar. Saya banyak mendapat undangan persembahan dari Singapura dan Brunei di samping undangan persembahan di Malaysia,” katanya.

Berikut adalah lagu-lagu yang dipromosikannya di Youtube.




- Siakapkeli.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...